2E-3 Pelaporan tahunan Pesuruhjaya Kanak-Kanak (SUHAKAM) di Malaysia kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Parlimen

Oleh: Sallawahiu Mohd Salleh

Organisasi/ Individu: IKRAM

Kod Polisi: 2e Kanak-kanak

Isu dan Polisi Semasa:

Isu-isu kanak-kanak adalah endemik di Malaysia. Kita dapat menyaksikan secara berterusan peningkatan kes penderaan, pengabaian, kekurangan zat makanan, dan keganasan terhadap kanak-kanak. Isu-isu ini bertambah buruk dengan ujian pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan akses kepada pendidikan berkualiti, dan mengancam keselamatan serta kesihatan kanak-kanak. Kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak telah meningkat dengan mendadak terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pada tahun 2019, Malaysia telah melakukan kemajuan dengan melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tujuan menegakkan hak kanak-kanak. Oleh yang demikian, laporan tahunan secara proaktif kepada parlimen dan orang awam mengenai usaha ini adalah sangat penting.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Seharusnya ada pemakluman terkini secara berkala mengenai Hak Kanak-Kanak di Malaysia sejajar dengan ratifikasi Suruhanjaya Hak Kanak-Kanak (CRC) di Malaysia pada tahun 1995. Pemakluman ini dapat memberikan motivasi dan mendorong campur tangan secara proaktif daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam untuk mempromosikan malah mewujudkan persekitaran dan budaya yang padu bagi kanak-kanak membesar dengan sihat di Malaysia.

Penyelesaian:

"Pelaporan tahunan Pesuruhjaya Kanak-Kanak oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Berdasarkan laporan tahunan ini, tindakan yang sewajarnya harus diambil untuk mewujudkan persekitaran positif bagi kanak-kanak dalam masyarakat yang merangkumi: ruang selamat kanak-kanak, sekolah yang selamat, serta pembangunan bandar yang mesra kanak-kanak."

Sumber Rujukan:

~

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]