Oleh: Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor
Organisasi/ Individu: IKRAM
Kod Dasar: 3f Pendidikan
Isu dan Polisi Semasa:
Sistem pendidikan tidak memberi perhatian kepada kepelbagaian kemampuan murid. Bahkan, sistem ini menentang idea yang memupuk kreativiti dan mencampakkan mereka dalam perlumbaan yang merosakkan seperti mengajar mereka bahawa kejayaan itu hanyalah dengan mendapat markah dan gred yang baik. Kita telah kehilangan nilai “kemenjadian” daripada sistem pendidikan. Sekolah telah menanam idea “takut kepada kegagalan, takut ditolak, atau takut tidak dipersetujui”, sekali gus akan menghancurkan kecintaan kanak-kanak terhadap pembelajaran, rasa ingin tahu, kreativiti dan inovasi. Apabila meningkat dewasa, mereka akan takut untuk berkomunikasi kerana takut dianggap sebagai “tidak bijak”.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Murid mestilah “seronok dan gembira untuk belajar” di sekolah. Sekolah perlu mempunyai guru-guru yang bersemangat dan berdedikasi, mengenal Pencipta yang Maha Kuasa, meneroka alam (manusia, hubungan kemanusiaan, dan persekitaran), mendorong kreativiti dan inovasi, memupuk nilai-nilai (berpandukan prinsip), memudahcara dan menyelesaikan masalah.
Penyelesaian:
"Sistem pendidikan memerlukan sekolah-sekolah yang kondusif untuk memupuk kreativiti murid. 1. Menekankan kepentingan untuk menggunakan minat murid bagi melibatkan mereka dalam dunia pembelajaran. Mengiktiraf dan menyokong kepelbagaian kemampuan murid. 2. Mereka bentuk persekitaran pembelajaran, suasana yang mesra soalan, dan jadual yang menggalakkan permainan dan penemuan serta kegagalan yang memberi manfaat. 3. Mencari jalan untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti masyarakat dalam memupuk usaha kreativiti murid. 4. Menghubungkait antara masalah dan penyelesaian dengan situasi sebenar menggunakan konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah dan pembelajaran melalui inkuiri yang disokong oleh skil-skil baru dan diilhamkan oleh pendebungaan silang idea. 5. Memberi peluang murid berfikir tentang penyelesaian tanpa sempadan dan pencapaian tanpa batasan. Membimbing mereka untuk berimaginasi apa yang mereka mahukan berbanding sekadar apa yang mereka fikir boleh dicapai. 6. Menggabungkan amalan pembelajaran di dalam kelas dengan pembelajaran melalui penerokaan dan belajar daripada alam semula jadi dan persekitaran."
Sumber Rujukan:
–