3B-3 Untuk memastikan jawatankuasa pilihan parlimen mengenai pelantikan pegawai awam utama untuk menapis dan meluluskan kakitangan yang berkelayakan termasuk ketua SPRM.

Oleh: Ng Yap Hwa

Organisasi/ Individu: Teoh Beng Hock Trust for Democracy

Kod Dasar: 3b Pembaharuan Paliamen

Isu dan Polisi Semasa:

Semua Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantik sejak 2009 telah gagal menuntut keadilan untuk Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani, yang mana kedua-duanya mati dalam tahanan SPRM. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantik dalam pentadbiran PH juga gagal melaksanakan sebarang perubahan atas culture of impunity (budaya bebas daripada hukuman) di kalangan pegawai-pegawai SPRM. Malahan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM oleh Perdana Menteri pada masa itu, Mahathir Mohamad telah melangkaui jawatankuasa pilihan khas parlimen yang sepatutnya bertanggungjawab dalam pelantikan pegawai awam utama. s

Nilai-nilai & Kepercayaan

Memastikan seseorang yang berkualiti tinggi, berintegriti dan menghormati hak asasi manusia dilantik untuk memegang jawatan utama dalam semua institusi kerajaan terutamanya SPRM.

Penyelesaian:

Memastikan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen membuat pertimbangan yang secukupnya atas pencalonan semua pegawai awam utama termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM dan memastikan semua calon mempunyai latar belakang ataupun pendidikan dalam hak asasi manusia supaya boleh mengelakkan kematian dalam tahanan pada masa kelak.

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]