3J-10 Pemuliharaan Hutan Lestari

Oleh: Muhammad Sha'ani bin Abdullah

Organisasi/ Individu: Platform CSO untuk Pembaharuan – Kluster Alam Sekitar

Kod Dasar: 3j Persekitaran

Isu dan Polisi Semasa:

"Terdapat kebimbangan yang tinggi terhadap hubungan diantara pembasmian hutan dan wabak, banjir, bekalan air, keselamatan makanan dan kesihatan awam. Rakyat Malaysia sudah lama menganggap kepentingan hutan berhubung dengan eksploitasi sumber asli seperti pembalakan, pemburuan, perlombongan atau peralihan hutan. Kemerosotan alam sekitar yang berpunca daripada pembasmian hutan dan pemburuan bukan hanya meningkatkan penyebaran penyakit, akan tetapi mengalihkan sumber-sumber penjagaan kesihatan. Terdapat banyak tadahan air digunakan untuk aktiviti pertanian dan pembandaran di bahagian hilir sehingga menjejaskan kuantiti air (melalui pengabstrakan) dan kualiti (melalui pencemaran) di atas titik pengambilan. Ditambah pula dengan pertambahan penduduk, permintaan terhadap air bagi kegunaan pertanian, pembandaran dan perindustrian meningkat manakala pembekalan berkurangan berikutan tadahan air tidak dilindungi dan diuruskan dengan secukupnya. Tanah hutan bagi pengekstrakan atau pembangunan sering dilakukan tanpa pengawasan sewajarnya oleh dewan undangan negeri. Adalah sesuatu yang penting untuk kerajaan negeri menukar teras ekonomi hutan daripada sumber pengekstrakan kepada perlindungan ekologikal. Undang-undang berkuatan dengan perhutanan dan hidupan liar kini tidak dapat memenuhi perkara ini. "

Nilai-nilai & Kepercayaan

Fungsi ekosistem luas yang ada pada hutan seperti kitaran nutrien, pengeluaran primer, bekalan makanan, air, bahan api, kayu/serat, sumber-sumber genetik, pengaturan iklim (hujan, banjir, kemarau ...), pengaturan wabak dan perosak, pengaturan air termasuklah nilai sosial dan budaya untuk pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan manusia yang harus diiktiraf.

Penyelesaian:

"Berdasarkan laporan IPCC terkini mengenai kesan perubahan iklim, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam memastikan mekanisme perundangan yang betul disediakan bagi memastikan setiap kerajaan negeri memenuhi komitmen Malaysia terhadap perjanjian antarabangsa pelbagai hala. Ini adalah untuk memastikan Malaysia memenuhi semua sasaran alam sekitar serta melindungi kebajikan rakyatnya daripada krisis iklim. 1. Akta Perhutanan Negara perlu menjadi progresif dalam mengklasifikasikan hutan mengikut fungsi alam sekitar. Pelaksanaanya haruslah tegas di setiap negeri dalam melindungi semua hidupan daripada impak negatif alam sekitar. 2. Kanun Tanah Negara perlu dipinda bagi menyediakan tadbir urus semua pengurusan dan kegunaan tanah oleh pihak berkuasa di setiap negeri dengan memasukkan prosedur perundingan awam yang bermakna. Penyahwartaan hutan simpan kekal dan rizab hidupan liar sepatutnya berada di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN)."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]