Oleh: Uli Jon Rock
Organisasi/ Individu: –
Kod Dasar: 3b Pembaharuan Parlimen
Isu dan Polisi Semasa:
Janji kosong dan pemerintahan yang buruk selama setengah abad. Setiap kempen parti politik utama berebut untuk berkuasa. Akan tetapi, setelah berkuasa, tiada satu mekanisme yang padu bagi menjadikan kerajaan memerintah bertanggungjawab di atas kesalahan mereka. Ya, kita pernah mendengar tuduhan rasuah yang merupakan sebahagian daripada penentangan mereka – digunakan sebagai senjata untuk memburuk-burukkan pihak lawan. Walau bagaimanapun, realitinya selain daripada rasuah, tindakan ke atas salah laku, penganiayaan orang awam, penyalahgunaan kuasa, kegagalan kerajaan daripada pihak atasan ke bawahan seperti penjawat awam dan agensi penguatkuasaan tiada pula kedengaran dibicara sehingga kini.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Kita hidup di dalam dunia yang dikuasai oleh kapitalis yang tanpa henti berlaku penyalahgunaan, penindasan dan penderitaan. Sudah tiba masanya masyarakat dunia mengubah lanskap politik menjadi lebih manusiawi yang bermanfaat dan adil buat semua.
Penyelesaian:
Saluran aduan yang tersembunyi dan kukuh yang menjadikan ahli politik, orang bawahan sehinggalah kakitangan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dan boleh dikenakan tindakan berikutan ketidakcekapan serta salah laku. Sikap bersenang-lenang mereka adalah penderitaan orang lain. Tahun demi tahun seluruh negara menderita daripada kesilapan dan ketidakcekapan mereka. Kita perlu memperbaiki pengurusan faktor pengeluaran dan kualiti hidup negara ini.
Sumber Rujukan:
Program Saluran Aduan Malaya Saya