Oleh: Saya Anak Bangsa Malaysia
Organisasi/ Individu: Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM]
Kod Dasar: 3e Keadilan Ekonomi
Isu dan Polisi Semasa:
"● Wawasan untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil, saksama dan inklusif telah termaktub di dalam Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Ternyata kita masih jauh daripada merealisasikan aspirasi nasional yang dinyatakan di dalam dokumen bersejarah ini. ● Sehingga kini, hampir 40% rakyat Malaysia masih lagi terperangkap dalam kitaran kemiskinan dan ketidaksetaraan. Sebanyak 12 juta warga Malaysia mempunyai isi rumah yang berpendapatan rendah dan miskin serta tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi kekurangan dan kelemahan yang terpaksa mereka hadapi setiap hari. ● Individu dan kumpulan yang rentan, sama ada warganegara atau bukan warganegara terus menghadapi prejudis, diskriminasi dan kekal terpinggir. ● Terdapat jurang yang besar diantara mereka yang isi rumah berpendapatan rendah iaitu golongan B40 dengan masyarakat kebanyakan lain. Golongan ini terperangkap dalam pelbagai kekurangan berikutan daripada aset asas yang sedikit dimana termasuklah taraf pendidikan dan kemahiran rendah, nutrisi dan kesihatan di tahap lemah; serta persekitaran hidup yang kurang memuaskan. ● Pelbagai gejala sosial yang dikaitkan dengan masalah kepincangan institusi keluarga dalam lapisan masyarakat ini khususnya, kini menjadi kian ketara. Peningkatan kadar penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol, keciciran, penderaan kanak-kanak, aktiviti jenayah dan penyakit mental, adalah petunjuk yang jelas bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dalam negara kita."
Nilai-nilai & Kepercayaan
"Rasional kepada Akta Keterangkuman Sosial (AKS) adalah satu keperluan kepada paradigma baharu yang memfokuskan kepada penyelesaian jangka panjang dalam membangun satu masyarakat adil dan inklusif. Berikut merupakan sebab-sebab utama untuk menerima guna dan melaksanakan AKS: ● Keperluan asas Rakyat harus dipenuhi secara adil dan saksama demi mencapai keharmonian masyarakat; ● Membangun dan memajukan status sosio-ekonomi golongan Rakyat yang kurang bernasib baik sebagai satu matlamat utama dalam semua rancangan pembangunan Negara; ● Menyemai semangat kebergantungan diri, mengukuhkan penghargaan diri dan mendukung maruah Rakyat adalah satu lunas penting yang termaktub dalam hak asasi manusia sejagat serta galakkan daripada semua agama; ● Memberikan harapan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik bahawa mereka berupaya memutuskan kitaran kemiskinan dan ketidaksetaraan antara generasi adalah imperatif; dan ● Memastikan semua golongan termasuklah pekerja migran, pelarian dan pencari suaka akan diberikan perlindungan melalui satu agenda yang benar-benar inklusif."
Penyelesaian:
"Bagi menangani punca permasalahan kemiskinan dan keterpinggiran dengan sikap yang tidak berat sebelah dan objektif, adalah dicadangkan, bahawa:- ● Menubuhkan Suruhanjaya Rangkuman Sosial yang bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen. Suruhanjaya ini diberikan mandat untuk memantau dan mengawasi semua perkara berkaitan pengurangan kemiskinan, keterpinggiran dan keterangkuman sosial."
Sumber Rujukan:
Draf perundangan & sumber berkaitan boleh diakses di pautan : http://www.sayaanakbangsamalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=760:articles-on-the-proposed-social-inclusion-act-2012&catid= 43:sabm-initiative&Itemid=56Draf perundangan & sumber berkaitan boleh diakses di pautan berikut