1A-3 Revamp JPNIN- Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional and the Ministry of Unity

Oleh: Kluster Harmoni

Organisasi/ Individu: Kluster Harmoni

Kod Polisi: 1A Bangsa Malaysia

Isu dan Polisi Semasa:

Agensi kerajaan sedia ada (JPNIN dan Kementerian Perpaduan) telah memperlihat sedikit kemajuan dan usaha dalam mempromosi perpaduan nasional. Biarpun insiden diskriminasi antara kaum dan agama terus meningkat masih terdapat kekurangan tindakan atau tindak balas daripada kerajaan/ agensi-agensi untuk menangani masalah tersebut.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Usaha bersepadu/keazaman politik oleh kerajaan diperlukan untuk mengatasi masalah perkauman di peringkat akar umbi.

Penyelesaian:

Merombak dan mengkaji semula peranan dan tanggungjawab agensi kerajaan dan kementerian kerajaan sedia ada untuk mengelak pertindihan tugas. Keutamaan juga perlu diberikan untuk mengatasi masalah diskriminasi kaum dan agama serta tidak hanya bertindak sebagai kementerian yang "menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkara bukan Islam" iaitu peranan dan fungsi Kementerian Perpaduan yang dimainkan kini.

Sumber Rujukan:

~

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]