Oleh: Zharif
Organisasi/ Individu: –
Kod Dasar: 3g Demokrasi Tempatan
Isu dan Polisi Semasa:
Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi merupakan satu laporan yang komprehensif dengan pelbagai cadangan yang telah dikumpulkan secara sistematik daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk orang awam. Laporan ini telah disemak dan dinilai oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 15 Mei 2018. Namun, sehingga kini laporan tersebut tidak didedahkan kepada orang awam. Sekiranya laporan ini dijadikan dokumen awam, ia boleh digunapakai oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil untuk menggesa kerajaan melakukan implementasi ke atas cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dalam laporan tersebut.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Laporan ini mempunyai 256 cadangan pembaharuan yang dapat memberi perubahan dan penambahbaikan ke atas tujuh (7) institusi utama dan undang-undang berkaitan hak asasi manusia di Malaysia. Saya percaya laporan ini perlu didedahkan kepada masyarakat awam dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan perlu dilaksanakan mengikut jangka masa yang relevan dan realistik dengan keadaan negara pasca Pilihan Raya ke-15 kelak.
Penyelesaian:
Mengklasifikasi semula Laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi sebagai dokumen awam dan melaksanakan cadangan-cadangan yang termaktub di dalamnya untuk meningkatkan kualiti tadbir urus yang baik, berintegriti dan mengukuhkan peranan serta fungsi tujuh institusi utama dan undang-undang berkaitan hak asasi manusia di tanah air yang tercinta ini.
Sumber Rujukan:
–