3G-1 Memperkenalkan Semula Pilihan Raya Tempatan Bersama Desentralisasi

Oleh: Wong Tsu Soon

Organisasi/ Individu: Agora Society Malaysia

Kod Dasar: 3g Demokrasi Tempatan

Isu dan Polisi Semasa:

"Pihak berkuasa tempatan tidak berakauntabiliti terhadap tadbir urus tempatan tanpa pilihan raya tempatan Kerajaan persekutuan memegang kuasa dan pendapatan dengan tidak seimbang sehingga melemahkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan "

Nilai-nilai & Kepercayaan

Sesebuah negara tidak akan menjadi stabil sekiranya tiada demokrasi lokal kerana ia adalah tunjang utama kepadanya. Demokrasi lokal tidak akan ada sekiranya tiada pilihan raya tempatan. Akan tetapi, pilihan raya tempatan tanpa penyahpusatan juga tidak memberi makna. Manakala, penyahpusatan tanpa pilihan raya tempatan pula melanggar prinsip kebertanggungjawaban kerajaan. Oleh demikian, pilihan raya tempatan haruslah seiring dengan penyahpusatan.

Penyelesaian:

"Memperkenalkan semula pilihan raya majlis tempatan bagi ahli majlis (termasuklah Datuk Bandar atau Ketua Majlis Tempatan). Penyahpusatan kuasa persekutuan dan memperkasakan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi perhububngan tempatan seperti perkhidmatan bomba, pengangkutan awam, perlantikan ketua polis di peringkat negeri dan tempatan. Membenarkan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa tempatan untuk mengenakan cukai-cukai tertentu di kawasan mereka seperti cukai jualan, cukai karbon dan sebagainya. "

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]