3J-8 Takrif semula perlindungan hutan

Oleh: Ken Lee

Organisasi/ Individu: Agora Society Malaysia

Kod Dasar: 3j Persekitaran

Isu dan Polisi Semasa:

Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat tentang hubungan diantara pembasmian hutan dan penyakit, banjir, bekalan air, keselamatan makanan dan kesihatan awam. Setiap kali gangguan mendadak berlaku sehingga menjadi bencana, komuniti pinggir hutan akan menjadi mangsa terawal. Apabila pembalakan, pemburuan haram serta perlombongan berlaku, ia memainkan peranan satu-satunya iaitu mengurangkan kemiskinan, komuniti yang dilanda bencana tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan kekerapan pengekstrakan sumber secara eksploitatif walaupun ia boleh membawa kepada bencana yang lebih teruk. Hal ini jelas sekali, keuntungan diperoleh daripada eksploitasi hutan tidak mampu untuk mengurangkan akibat buruk seperti pandemik. Oleh demikian, adalah penting untuk kerajaan membentuk ekonomi perhutanan baru di mana membina kekayaan melalui pemuliharaan ekologi dan bukan mengeksploitasi sumbernya.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Nilai hutan tidak ditentutkan dengan keuntungan wang yang hadir dengan aktiviti ekonomi jangka pendek dan tidak mampan seperti pengeluaran kayu. Hutan sendiri memberikan faedah alam sekitar dan sosial yang tiada tukar ganti serta pemuliharaannya adalah penting bagi mengurangkan kesan bencana alam serta memelihara kepelbagaian biologi, ciri geologi dan sumber air.

Penyelesaian:

Bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk melibatkan diri secara aktif di dalam pengurusan alam sekitar dengan mengurangkan risiko bencana, kerajaan haruslah mempromosikan pemuliharaan habitat sebagai profesion berpendapatan tinggi. Memandangkan tugas ini memainkan peranan utama dalam melindungi hutan dan mencegah bencana, ia seharusnya diberi imbuhan besar. Tambahan pula, daripada melakukan pengekstrakan sumber konvesional, penyokong pemuliharaan boleh menjalankan pengekstrakan data bagi menghasilkan data berkaitan spesies biologi, habitat, sumber air dan kemunculan penyakit. Penduduk luar bandar, terutamanya komuniti orang asli boleh keluar daripada kemiskinan melalui perubahan amalan sara hidup ini serta pada masa yang sama menempa jenis modal perusahaan yang unik dengan pengetahuan hutan tradisional mereka. Justeru, promosi kepada sara hidup mampan, pembangunan industri saintifik, pencegahan bencana ekologikal dan kemajuan ke arah negara maju menjadi matlamat pelengkap yang boleh diusahakan bersama-sama. Adalah penting untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan dasar dan undang-undang perhutanan. Terkini, kerajaan negeri tidak mempunyai kawalan mutlak terhadap kedua-dua aspek berkenaan, maka Perlembagaan Persekutuan harus dipinda bagi menangani isu ini. Definisi Hutan Simpan Kekal (HSK) perlu diubah daripada makna yang berorientasikan eksploitasi kepada kepentingan pemuliharaan hutan. Selain itu, kerajaan harus meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan memulihara hutan melalui segala saluran media yang ada dan menjemput pelbagai kumpulan sosial yang berbeza untuk terlibat di dalam membuat keputusan bagi meningkatkan perlindungan ekosistem. Tambahan pula, penghasilan kayu harus diterhadkan di kawasan luar hutan dan persempadanan yang ketat di antara kawasan peladangan dan hutan perlu diperhatikan.

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]