Oleh: Ir Dr Tai Tuck Leong
Organisasi/ Individu: Monsoon Malaysia
Kod Polisi: Pengangkutan 3k
Isu dan Polisi Semasa:
Oleh kerana kebanyakan penduduk luar bandar bekerja sebagai peladang, keperluan pengangkutan mereka berbeza dari keperluan penduduk dalam bandar. Bagi penduduk luar bandar, perhubungan yang berkesan dari rumah ke ladang, dan dari ladang ke pasar sangat penting. Pihak berkuasa tempatan mempunyai sumber untuk menilai keperluan pengangkutan komuniti tempatan dan langkah untuk mempertingkatkan perhubungan antara rumah dan ladang untuk penduduk.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Perspektif Luar Bandar – “Mempertingkatkan Ketersediaan dan Aksesibiliti terhadap Kemudahan Pengangkutan Awam”
Penyelesaian:
"1. Fungsi utama adalah untuk meningkatkan produktiviti komuniti tempatan dalam proses pengeluaran ekonomi mereka dengan menyediakan pengangkutan penumpang dalam bentuk bas mini dan pengangkutan barang dalam bentuk van utiliti. 2. Keperluan pengangkutan budak-budak sekolah untuk hadir ke sekolah dan pulang ke rumah juga harus diberi perhatian khusus di kawasan luar bandar. 3. Peruntukkan dana terhadap pembangunan pengangkutan awam di kawasan luar bandar untuk memenuhi keperluan komuniti luar bandar kerana sering diabaikan dalam agenda pengangkutan nasional. 4. Lorong basikal dan laluan pejalan kaki harus digalakkan untuk dibina sebagai sebahagian penting terhadap pengangkutan awam. Usaha ‘first mile,last mile’ ini tidak boleh diabaikan. 5. Rangkaian lorong basikal dan laluan pejalan kaki harus diperuntukkan dengan jelas dan berterusan. Berbasikal dan berjalan kaki perlu dianggap sebagai mod pengangkutan asas dan diberi perhatian sewajarnya bagi pemuliharaan alam sekitar yang mampan."
Sumber Rujukan:
–