3J-6 Melindungi Tadahan Air Berharga kami

Oleh: Rexy Prakash Chacko & Dr Kam Suan Pheng

Organisasi/ Individu: Penang Hills Watch

Kod Dasar: 3j Persekitaran

Isu dan Polisi Semasa:

Memandangkan impak perubahan iklim kepada taburan hujan menjadi semakin sukar diramalkan, Malaysia tidak boleh lagi leka dengan keselamatan air. Beberapa tahun kebelakangan ini, air berkurang untuk pengairan pertanian dan bekalan air boleh minum bagi kegunaan kawasan bandar dan perindustrian telah menjadi lebih teruk. Bukan itu sahaja, gangguan kepada kawasan tadahan air dilihat mengancam hasil air. Malah bahagian atas hutan yang terdiri daripada tadahan air turut mengalami gangguan seperti pembalajan di Ulu Muda, Kedah dan pembinaan lebuh raya di Ampang serta Ulu Gombak, Selangor. Terdapat banyak tadahan air mempunyai aktiviti pertanian dan pembandaran berlaku di kawasan hilir, menjejaskan kuantiti air (melalui pengabstrakan) dan kualiti (melalui pencemaran) di atas titik pengambilan. Dengan pertumbuhan penduduk, permintaan air bagi pertanian, pembandaran dan kegunaan perindustrian akan meningkat manakala bekalan akan berkurangan sekiranya tadahan air tidak dilindungi serta diuruskan secukupnya.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Perkhidmatan ekosistem penting yang disediakan hutan dalam membekalkan air bagi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan manusia perlu lebih dihargai, serta kepentingan mengurangkan pencemaran dan pencemaran sumber air untuk pengekstrakan haruslah dipandang serius bagi generasi Malaysia hari ini dan akan datang.

Penyelesaian:

"1. Keseluruhan kawasan tadahan air semula jadi disekitar hutan simpan kekal (HSK) haruslah diklasifikasikan/diwartakan secara rasmi sebagai hutan tadahan air di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memberikan perlindungan yang diperlukan terhadap pembalakan dan semua penggunaan lain tadahan air (tanpa kebenaran). Contohnya, adalah dijangkakan hanya 16% HSK Ulu Muda telah diwartakan sebagai hutan tadahan air manakala baki 84% kekal tersedia untuk pengekstrakan kayu seperti yang dibenarkan disekitar HSK. 2. Dalam kes di Pulau Pinang di mana tadahan air diwartakan pada tahun 2004 di bawah Warta Kerajaan Pulau Pinang yang meliputi keseluruhan kawasan tadahan – termasuklah untuk kegunaan pertanian sedia ada. Undang-undang kecil negeri haruslah digubal bagi membenarkan penguatkuasaan perundangan terhadap pengekstrakan air tanpa kebenaran, penebangan pokok dan pencemaran sungai berikutan daripada penggunaan bahan kimia pertanian yang tidak terkawal."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]