Oleh: Kristian Malaysia Progresif
Organisasi/ Individu: Kristian Malaysia Progresif
Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia
Isu dan Polisi Semasa:
"Walaupun kami membanggakan diri sebagai sebuah negara multikultural, isu perkauman yang mendalam semakin teruk dan bersilang dengan isu-isu pemilikan tanah Orang Asal, kematian dalam tahanan, dan penderaan pencari suaka dan pekerja asing. Kami memperhatikan bahawa kekurangan hak LGBT jelas telah menyebabkan keganasan dan kebencian terhadap anggota komuniti LGBT. Ketidaksamaan ekonomi, yang diperburuk oleh Covid-19, menjadikan orang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Seksisme meluas dan diabadikan oleh budaya dan undang-undang. Hak kebebasan suara semakin disekat, seperti yang ditunjukkan dalam kes penahanan Fahmi Reza."
Nilai-nilai & Kepercayaan
Sebagai penganut Kristian yang progresif, iman kita mengajar bahawa kasih Tuhan paling jelas dinyatakan melalui kasih kepada orang lain. Kami percaya perjuangan keadilan sosial sejalan dengan seruan untuk menganjurkan pihak golongan tersisih dan tertindas- kerana keadilan adalah kasih antara masyarakat.
Penyelesaian:
"Daripada identiti kami sebagai komuniti Kristian, kami memohon para pemimpin gereja pertama sekali untuk menyedari peranan mereka sebagai suara kenabian. Mereka haruslah menggunakan kedudukan dan kewibawaaan mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dinyatakan dan berusaha untuk mengubah hati dan dasar polisi. Yang lebih penting, kami mendesak mereka untuk mengambil hati isu-isu ketidakadilan sebagai urusan gereja. Kedua, kami memohon semua wakil rakyat, terutamanya ahli politik Kristian, untuk melambangkan nilai-nilai inti kasih sayang, belas kasihan dan rahmat seperti yang digariskan dalam Kitab. Kami sebagai pengundi dan saudara dalam iman akan menanggung mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan adil dan telus. Ketiga, kami memohon semua orang Kristian untuk mencontohi kasih Kristus dengan menganjurkan pihak golongan tersisih dan tertindas, serta menentang sistem-sistem rasis, homofobik, seksis, xenofobia dan ketidakadilan secara ekonomik."
Sumber Rujukan: