2B-16 Pembaharuan Dasar Penjara

Oleh: Cso ROL Cluster

Organisasi/ Individu: Malaysian Care/PRDM

Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia

Isu dan Polisi Semasa:

Hampir 64% penghuni di dalam penjara melakukan kesalahan berkaitan dadah. Pengguna dadah harus dilayan seperti pesakit yang memerlukan pemulihan berbanding penjenayah yang harus dipenjarakan. Melalui ini, ia dapat mengurangkan penghuni berlebihan di dalam penjara dan menambahbaik keadaan hidup.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Malaysian CARE mendapat inspirasi daripada Yesaya 61:1: “Dia telah mengutus aku untuk membalut orang yang patah hati, untuk memberitakan pembebasan bagi para tawanan, dan pembebasan daripada kegelapan bagi para tahanan…” Sejak tahun 1981, CARE telah berkerjasama dengan banduan dan juga bekas banduan.

Penyelesaian:

"a. Alternatif kepada pemenjaraan termasuklah menangguhkan hukuman, penahanan di rumah dengan peranti pemantauan elektronik (EMD), tempoh percubaan, dibebaskan dengan lesen, kehadiran wajib, khidmat masyarakat, keadilan restoratif dan sebagainya. b. Program sebelum dan selepas dibebaskan bagi setiap penjara, lebih banyak institusi pemulihan kerajaan, subsidi kepada swasta dan yang berasaskan agama. c. Program kesihatan mental yang mencukupi bagi kakitangan dan penghuni, termasuklah saringan, kaunseling dan sokongan rakan sebaya. d. Akses sama rata kepada banduan yang menghidapi HIV untuk terlibat di dalam kelas/ program/ pekerjaan/ parol dan tiada jurang di dalam perubatan/ rawatan. e. Akses kepada pekerjaan dalam perkhidmatan awam & memansuhkan larangan pinjaman PTPTN untuk bekas banduan. f. Semua banduan hendaklah mempunyai MyKad apabila dibebaskan. g. Menaik taraf kemudahan-kemudahan di penjara terutamanya yang berusia melebihi 50 tahun."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]