Oleh: Dr. Lee Hwok Aun
Organisasi/ Individu: –
Kod Dasar: 3e Keadilan Ekonomi
Isu dan Polisi Semasa:
"Rakyat Malaysia menghasratkan sistem sosioekonomi yang membela semua warga dan membantu mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira identiti. Kita juga mengalu-alukan polisi yang memupuk penyertaan, keupayaan dan kepelbagaian. Saat ini memberi peluang kepada polisi kebangsaan supaya mencerahkan matlamat-matlamat ini, serta menjajarkan program-program secara sistematik dan membina. Prinsip bantuan “berasaskan keperluan” disambut baik, tetapi perbicaraan am seringnya dikeruhkan dan menyebabkan polarisasi berlebihan kerana kita gagal mengenalpasti operasi dan had polisi “berasaskan keperluan”. Begitu juga progam-program yang menyasarkan kumpulan (group-targeted) – yang memihak kepada golongan Bumiputera, India, Orang Asli, wanita, dsb. – melibatkan campurtangan tertentu yang perlu diterangkan dan diiktiraf sebagai prioriti dan cabaran yang berterusan. Pembangunan Bumiputera mustahak disusun semula secara sistematik dan produktif, berpandukan keupayaan dan penyertaan. Agenda yang dipacukan sedemikian mampu mara ke hadapan secara berkesan dan bertahan. Melangkah ke hadapan juga melibatkan insentif, sistem sokongan dan mekanisme graduasi yang bersesuaian."
Nilai-nilai & Kepercayaan
"Kerangka baru yang A. Mempertahankan kesamaan hak-hak asasi, maruah dan kebajikan, melalui pembekalan universal keperluan asas serta taraf hidup munasabah (decent living standards) bagi semua, tanpa mengira identiti B. Mendukung penyertaan, keupayaan dan kepelbagaian secara adil dan produktif, terutamanya melalui polisi bersasarkan kumpulan dan tindakan istimewa yang berdasarkan imbangan yang sesuai merangkumi identiti, keperluan dan kebolehan (identity, need, merit)"
Penyelesaian:
"Menggubal semula polisi pembangunan berteraskan (A) kesamaan dan (B) keadilan. A. Pembekalan keperluan asas dan taraf hidup yang munasabah kepada semua, berasaskan prinsip kesamaan. Bidang ini merangkumi: Pendidikan asas (sekolah rendah dan menengah), perkhidmatan kesihatan awam, pemakanan, perlindungan sosial, tempat perlindungan, pendapatan asas dan keadaan kerja yang munasabah. · Perhatian khusus wajar diberi kepada: 1. Keperluan dan tuntutan rakyat supaya dibiayai bukan sahaja perkhidmatan asas tetapi juga kualiti dan kesejahteraan dalam imbangan kerja-hayat (work-life balance) 2. Keprihatinan terhadap kepentingan kumpulan-kumpulan yang kurang bernasib baik, rentan, dan terpinggir, antaranya, golongan miskin bandar, masyarakat India, Orang Asli, orang asal Sabah dan Sarawak, dan isirumah diketuai wanita. 3. Peruntukan dana awam dan pelaksanaan program pembangunan yang bertujuan merapatkan jurang antara negeri dan rantau. B. Atas prinsip keadilan, membangunkan keupayaan dan memperluaskan penyertaan, pertama sekali, bagi mengurangkan ketidaksamaan antara kumpulan dari segi akses, peluang, keupayaan, dan representasi, dan akhirnya merapatkan jurang pendapatan dan kemewahan. · Bidang-bidang utama program pro-Bumiputera (serta kumpulan lain yang disasarkan) perlu diperincikan: 1. Pendidikan tinggi (program pra-universiti, sistem kemasukan, biasiswa dan bantuan kewangan) – dalam bidang ini, golongan kurang bernasib baik boleh diberi layanan istimewa, dan penekanan terhadap peningkatan keupayaan perlu diteruskan 2. Pengupahan, khususnya di pekerjaan atasan (profesional dan pengurusan, terutamanya di sektor awam dan GLC) 3. Pembangunan syarikat dan keusahawanan (PKS, GLCs, perolehan awam, pembangunan vendor, geran dan pinjaman, kewangan mikro, bantuan latihan dan perundingan) –bidang-bidang ini mesti menekankan pembangunan keupayaan; ada skop dalam kewangan mikro untuk menyasarkan golongan miskin/B40 daripada semua golongan etnik 4. Pemilikan kemewahan dan harta (unit trust, peruntukan saham, diskaun rumah/harta) Suatu proses bawah-ke-atas perlu dititkberatkan dan digubal secara sistematik, memfokuskan pembangunan keupayaan, daya saing dan keyakinan sebagai pemacu utama. Bidang polisi di bawah tema (B) lebih rumit daripada penawaran keperluan asas di bawah tema (A) di atas, dan lebih sesuai berpandukan prinsip keadilan, yang juga diharap lebih mudah difahami dan diterangkan ke rakyat jelata."
Sumber Rujukan:
“Dasar Ekonomi Baru Malaysia dan Sasaran Ekuiti Bumiputera 30%: Masa untuk Tinjauan Semula dan Set Semula”, Perspektif ISEAS 2021 No. 36, 25 Mac https://www.iseas.edu.sg/articles-commentaries/iseas-perspective/ dasar-ekonomi-baru-malaysia-dan-30-ekuiti-bumiputera-sasaran-masa-untuk-lawatan-semula-dan-semula-oleh-lee-hwok-aun/ “Menolak Sistem Bumiputera Malaysia: Tiga Utopia Senario Untuk Dipertimbangkan”, Fulcrum 2021/33, 4 Februari 2021 https://fulcrum.sg/ditching-malaysias-bumiputera-system-three-utopia-scenarios-to-consider/ “DEB pada 50: Disalahpahami dan Disalahgambarkan”, Fulcrum 2020/206, 9 Disember 2020. https://fulcrum.sg/the-nep-at-50-misunderstood-and-misrepresented/ “Making Sense of Budget 2021's Ethnic Fault Lines”, Between the Lines, 13 Disember 2020. https://betweenthelines.my/making-sense-of-budget-2021s-ethnic-fault-lines/ “Rancangan besar Muhyiddin untuk pembangunan Malaysia kurang fokus yang jelas apabila melibatkan Bumiputera”, South China Morning Post, 7 Oktober 2020 https ://www.scmp.com/week-asia/opinion/article/3104455/muhyiddins-grand-plan-malaysias-development-lacks-clear-focus “Memahami Ketaksamaan Etnik di Malaysia: Melangkaui Stereotaip”, Ulasan ISEAS 2020 /97, 23 Julai 2020 https://www.iseas.edu.sg/media/commentaries/comprehending-ethnic-inequality-in-malaysia-going-beyond-the-stereotypes/ “Wawasan Kemakmuran Bersama Malaysia 2030 Perlu Difikirkan Semula Buat Terobosan” https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/ISEAS_Perspective_2019_107.pdf “Di Mana Hala Tuju Malaysia dengan Dasar Keutamaan Berasaskan Kaum?” https://www.scmp.com/week-asia/opinion/article/2182755/wheres-malaysia-headed-its-race-based-preferential-policies “Rejim baharu, dasar lama dan but semula bumiputera” https:// www.newmandala.org/new-regimes-old-policies-bumiputera-reboot/ “Semakan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11: Menegaskan Semula Dasar Bumiputera, Tetapi Juga Memberi Isyarat Perhatian Baru kepada Keperluan Minoriti” https://www.iseas.edu .sg/images/pdf/ISEAS_Perspective_2019_5.pdf “Artikel 153 memperkasakan tindakan afirmatif sementara, tetapi tidak dapat menyelesaikan ketegangan majoriti minoriti” https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2018/11/12/ article-153-empowers-temporary-affirmative-action-but-cannot-resolve-majori/1692551 “Bolehkah kita bercakap secara jujur mengenai Perkara 153?” https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2018/06/06/can-we-have-an-honest-conversation-on-article-153-lee-hwok-aun/1638843 “ Rejim Keutamaan Bumiputera Malaysia dan Agenda Transformasi: Program Diubahsuai, Sistem Tidak Berubah” https://www.iseas.edu.sg/images/pdf/TRS22_17.pdf