Oleh: Rusni Tajari
Organisasi/ Individu: Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO)
Kod Dasar: 2c Wanita
Isu dan Polisi Semasa:
" 1. Kepekaan gender mesti dicerminkan melalui proses belanjawan negara. 2. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama UNDP telah menjalankan tinjauan Dasar Nasional mengenai Wanita dan Pengarusperdaan Gender dalam Kerajaan. Laporan dan pelan tindakan belum dimaklumkan kepada umum. 3. Malaysia telah meraktifikasi 3 triti (perjanjian) maka mempunyai negara ini mempunyai tanggungjawab antarabangsa untuk dilaksanakan."
Nilai-nilai & Kepercayaan
"1. Bagi menginstitusikan pengarusperdaan gender di semua peringkat kerajaan. 2. Malaysia perlu menunjukkan keikhlasan bagi memenuhi hak asasi wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya mengikut piawaian antarabangsa. Laporan adalah salah satu bentuk mekanisme kebertanggungjawaban."
Penyelesaian:
"1. Memasukkan perbelanjaan responsif gender di semua peringkat kerajaan. 2. Melancarkan Dasar Nasional Wanita dan Pelan Tindakan bagi 2021-2020 dengan mandat yang jelas untuk mengarusperdanakan gender di seluruh peringkat kerajaan. 3. Memastikan pengumpulan/ penyebaran data dilakukan secara sistemik iaitu dipisahkan mengikut gender bagi melaksanakan dasar yang efektif serta berdasarkan bukti. 4. Menjalankan latihan gender secara berkala di semua peringkat kementerian. 5. Menubuhkan jawatankuasa multi-kementerian dan membina kapasiti untuk memahami kewajipan mereka berdasarkan triti yang telah diraktifikasi, mengumpul data yang relevan dan menyiapkan laporan yang tergendala kepada badan perjanjian yang berkenaan. 6. Melalui jawatankuasa multisektor yang sama, membangunkan perancangan untuk melaksanakan pemerhatian akhir terhadap badan triti. 7. Memasukkan kewajipan antarabangsa dan menubuhkan pusat sehenti pengumpulan data hak asasi manusia yang relevan ke dalam Rancangan Lima (5) Tahun Pelan Pembangunan Malaysia dan juga ke dalam SDG, dengan memberikan tanggungjawab kepada Kementerian mengikut kepakkaran dan peruntukan belanjawan serta tanggungjawab untuk membuat pemantauan.. 8. Hapuskan semua bentuk diskriminasi di dalam undang-undang terutamanya yang menafikan hak wanita untuk memberi kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara. 9. Mengangkat semua reservasi CEDAW. "
Sumber Rujukan:
Malaysia has a bad record in reporting to treaty bodies or in implementing their concluding observations. In 26 years only two reports and reviews under CEDAW, In 26 years only one report and review under CRC and in 9 years no report under CRPD. No comprehensive plan to implement the concluding observations. There is still discriminationin against women in the constitution and in the law. Further readings; WAO Press Statement, “RM 21 million allocated to domestic violence centres in Budget 2021. Here are 5 things needed to make this allocation meaningful” (link: https://wao.org.my/rm21-million-allocated-to-domestic-violence-centres-in-budget-2021-here-are-5-things-needed-to-make-this-allocation-meaningful/ ) The status of Women’s Human Rights: 24 years of CEDAW in Malaysia (link: https://wao.org.my/wp-content/uploads/2019/01/The-Status-of-Womens-Human-Rights-24-Years-of-CEDAW-in-Malaysia.pdf )