Oleh: Adrian Pereira
Organisasi/ Individu: Inisiatif Utara Selatan
Kod Dasar: 2g2 Pekerja Migran
Isu dan Polisi Semasa:
"1. Polisi Ad Hoc untuk pekerja migran. Malaysia tidak mempunyai dasar menyeluruh bagi pekerja migran terutamanya tentang pengambilan, pekerjaan serta akses kepada hak dan keadilan. Hal ini telah membawa kepada beberapa isu penyalahgunaan dan menyebabkan peningkatan pekerja tanpa dokumen, pengusiran sewenang-wenangnya, penangkapan dan penahanan. Pekerja yang mengalami pelanggaran buruh mempunyai ketiadaan atau kurang akses kepada remedi (pampasan). Terdapat penyeludupan luar kawalan, buruh paksa, penderaan seksual dan pelbagai jenis penderaan lain. Kes pengabaian, kematian, dan penyeksaan terhadap pekerja migran sering berlaku. Sistem sedia ada tidak membenarkan mereka menerima remedi. Migrasi terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM), di mana kedua-duanya tiada kerjasama dan mengakibatkan keputusan KDN untuk mengusir, menangkap dan menahan pekerja migran. Undang-undang sedia ada adalah lemah malah kegiatan rasuah berleluasa. Piawaian antarabangsa tidak dilaksanakan. Migran digunakan sebagai senjata yang membawa kepada eksploitasi dan dana politik. Kos perubatan adalah tinggi. Semua keadaan ini wujud dalam kitaran kerja migran. 2. Diuruskan oleh dua Kementerian berbeza dengan polisi yang bercanggahan. 3. Kekurangan undang-undang untuk memelihara hak dan akses kepada perundangan pekerja migran. 4. Undang-undang yang sedia ada tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya. 5. Piawaian perekrutan dan pengurusan pekerja migran adalah jauh berbeza daripada piawaian hak asasi antarabangsa. 6. Diskriminasi dan keganasan adalah biasa dalam kalangan pekerja migran. 7. Migran digunakan sebagai senjata sebagai kaedah untuk mengeksploitasi pekerja asing dan mendapat dana politik. 8. Penangkapan dan penahanan yang kerap berlaku dengan piawaian yang tidak boleh diterima. 9. Rasuah dan pemerasan wujud sepanjang kitaran kerja pekerja migran. 10. Kos perubatan adalah terlalu tinggi."
Nilai-nilai & Kepercayaan
"1. Prinsip antarabangsa mengenai hak asasi manusia, hak jantina dan hak pekerja 2. Prinsip pekerjaan yang memuaskan 3. Tiada diskriminasi 4. Perekrutan adil 5. Prinsip Panduan UN dalam perniagaan dan hak asasi manusia 6. Proses Bali dan Global Compact 7. Konsensus ASEAN terhadap Migrasi 8. Protokol Palermo "
Penyelesaian:
"1. Polisi komprehensif bagi pekerja migran daripada perekrutan sehingga kepulangan 2. Pusat sehenti bagi pekerja migran 3. Satu Kementerian dalam menguruskan pekerja migran 4. Akses kepada sistem kehakiman – bantuan guaman percuma 5. Jagaan kesihatan mampu milik dan universal 6. Siasatan antarabangsa dan pendakwaan bagi pengedaran dan penyeludupan pekerja migran 7. Hak pekerja yang lengkap dan sama rata 8. Meratifikasi semua konvensyen buruh yang berkaitan migrasi buruh terutamanya Konvensyen Teras ILO 9. Membekalkan dana kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kepada pekerja migran 10. Usaha untuk menghentikan buruh paksa dalam rangkaian pembekalan global 11. Bebas bayaran perekrutan 12. Ketelusan dalam memastikan data buruh terbuka kepada orang awam 13. Nyahjenayah kesalahan imigresen dan menganggapnya sebagai pelanggaran pentadbiran"
Sumber Rujukan:
~