3F-3 Menggubal Ombudsman Pendidikan

By: Kong Wee Cheng

Organisation/ Individual: United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong), The United Chinese School Teachers’ Association of Malaysia (Jiao Zong)

Kod Dasar: 3f Pendidikan

Isu dan Polisi Semasa:

Kekurangan struktur rasmi untuk menyemak dan mengimbang prestasi Kementerian Pendidikan dalam pengurusan hal-ehwal dalam kementerian.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Penubuhan Ombudsman adalah supaya penyelewengan kuasa dapat dielakkan dan seterusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan urus tadbir kementerian

Penyelesaian:

Menubuhkan Ombudsman di parlimen boleh memantau dan menyiasat penggunaan kuasa oleh Kementerian Pendidikan supaya ia adalah saksama, wajar, munasabah, berkesan dan telus. Struktur: kebebasan ahli-ahli Ombudsman dikenal pasti dengan pelantikan dari Parlimen dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen. Fungsi: Orang ramai boleh membuat aduan tentang ketidakcekapan pengurusan, penyelewengan, ketidakadilan, diskriminasi, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kepada Ombudsman. Ombudsman boleh mengikut budi bicara mutlaknya mengadakan pendengaran, penyiasatan dan pendakwaan yang sewajar dengan keputusan. Laporan penyiasatan harus didedahkan secara telus. Laporan tahunan harus dibentang dan dibahaskan dalam Parlimen. Perakuan yang dicadangkan untuk membaharui sistem pendidikan harus dibahaskan dan diterima pakai.

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]