Oleh: Arabelle Yong
Organisasi/ Individu: L-INC Foundation
Kod Dasar: 2g5 Jantina
Isu dan Polisi Semasa:
Komuniti LGBT+ adalah golongan minori yang paling kerap didiskriminasi berikutan kehidupan mereka selalu dipolitikkan. Hak sama rata, perlindungan dan bantuan dalam kehidupan sering diperdebat berbanding komuniti-komuniti lain walaupun komuniti LGBT+ telah beratus-ratus tahun menjadi sebahagian daripada pelbagai budaya di seluruh dunia termasuk dalam budaya Melayu.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Tiada
Penyelesaian:
"● Hentikan semua pendakwaan dan inisiatif untuk mendakwa golongan LGBT atas dasar orientasi seksual, identiti gender dan ekspresi gender. ● Menghentikan semua ucapan-ucapan berbentuk diskriminasi terhadap golongan LGBTIQ. ● Melibatkan SUHAKAM dan kumpulan LGBT hak asasi manusia untuk memahami dan menangani kesan sistemik jenayah dan patologi golongan LGBT di Malaysia. ● Memberikan moratorium undang-undang semasa yang menghukum golongan LGBT untuk memastikan akses terhadap jagaan kesihatan, keadilan dan menjamin keselamatan diri seta bebas daripada keganasan."
Sumber Rujukan:
Please look through research documentation that have been done by local and international NGOs: JusticeForSisters, KRYSS, ARROW, IGLHRC etc.