3l-14 Kesihatan Natural sebagai sebahagian daripada Sistem Kesihatan Malaysia.

By: Saroja Theavy Balakrishnan

Organisation/ Individual: Society of Natural Health, Malaysia.

Kod Polisi: 3i Kesihatan

Isu dan Polisi Semasa:

Akta 775 dan statusnya tidak jelas. Contohnya, sektor PT dan K ditutup tanpa mempertimbangkan bahawa kami jua sedang terlibat dalam membantu rakyat menyihatkan diri. Para Pengguna perubatan komplemtari dan practitioner tidak mendapat sokongan dan sebarang peruntukan kerajaan. Orang yang sakit menerima perubatan percuma di hospital kerajaan. Bagaimana dengan orang yang membelanjakan duit untuk tidak sakit. yang membeli vitamin dan ubat herba penokok diet, tidak menerima walau sedikit bantuan kewangan pabila berjumpa dengan doktor natural.

Nilai-nilai & Kepercayaan

1. Kesihatan natural adalah hak semua rakyat dan harus diberi keutamaan seperti mana kepada perubatan alopathy. Keraajaan harus memberi keutamaan kepada para pengamal dan pengikut kesihatan natural.

Penyelesaian:

Pihak insurans harus memberi pampasan kepada pembeli insuran semasa mereka berubat dengan doktor natural. Kerajaan harus memberi galakan kewangan atau dalam bentuk lain bagi rakyat yang bebelanja menjaga kesihatan diri sebelum jatuh sakit dan masuk ke hospital.

Sumber Rujukan:

Access to natural health is our human right.

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]