Oleh: Badlishah Sham Baharin
Organisasi/ Individu: GBM/IKRAM
Kod Polisi: 2F PWD
Isu dan Polisi Semasa:
Orang yang mengalami kecelaruan mental dan lembam (termasuk tetapi tidak terhad kepada orang kurang upaya pembelajaran dan lewat perkembangan) tergolong dalam kalangan orang kurang upaya di Malaysia dan layak untuk mendaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU selepas penilaian dan saranan daripada petugas kesihatan. Walau bagaimanapun, tidak ada jalan dan hala tuju yang jelas terhadap masa depan, pendidikan dan penjagaan mereka. Satu-satunya akta berkaitan gangguan mental di Malaysia adalah Akta Kesihatan Mental 2001 yang mempunyai peruntukan permohonan untuk mengisytiharkan seseorang yang mempunyai kecelaruan mental dan tidak mampu menguruskan hal ehwalnya sendiri di mahkamah. Mahkamah kemudian boleh melantik jawatankuasa untuk menguruskan orang yang mempunyai kecelaruan. Definisi gangguan mental adalah terhad (penyakit mental yang disebabkan oleh gangguan atau halangan perkembangan minda, kecelaruan psikiatri atau mana-mana kecelaruan atau ketidakupayaan minda untuk berfungsi dengan sepatutnya) dan tidak menangani kehilangan kapasiti mental sementara. Terdapat lompang dalam undang-undang mengenai orang yang mempunyai ketidakupayaan mental kerana masalah pembelajaran dan ketidakupayaan intelektual dan kemudian pulih atau keupayaan mentalnya bertambah baik dengan terapi, ubat-ubatan dan/atau dengan intervensi awal. Tidak ada dasar dan SOP untuk mengenal pasti dengan betul, menjalankan siasatan penting yang diperlukan, mendiagnosis mereka lebih awal dan melakukan penilaian bersiri. Jenis kurang upaya mereka bukanlah berbentuk fizikal dan tidak melibatkan struktur badan menjadikan tidak sering terlepas pandang tambahan isu-isu mereka tidak ditakrifkan dengan jelas secara bertulis. Berikutan itu, mereka tidak dikenal pasti dan pergi ke sekolah aliran perdana dan ditempatkan di kelas aliran perdana yang tidak memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami masalah mental, intelektual dan pembelajaran mengakibatkan mereka mendapat keputusan yang corot dan kehilangan peluang untuk mendapatkan kemahiran dan pemulihan jika intervensi atau rawatan awal diberikan. Apabila mereka membesar, mereka mempunyai kesukaran untuk melakukan kerja di tempat kerja, bahkan mengalami kesukaran untuk menjaga tanggungan mereka dengan sewajarnya. Jika mereka bernasib baik kisah hidup mereka atau mereka sendiri akan dikenal pasti dan mendapat bantuan yang sesuai.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Kita perlu menjaga kumpulan rentan yang mempunyai ketidakupayaan mental dan penjaga atau ibu bapa, kita perlu merancang masa depan mereka. Lompong dalam undang-undang ini tidak boleh dibiarkan kosong kerana undang-undang ini akan membantu mereka yang mengalami ketidakupayaan mental untuk merancang dan rentan dan dipenjarakan serta menjadi mangsa sistem keadilan jenayah. Kita perlu menumpukan perhatian kepada kumpulan ini dengan merangka undang-undang dan garis panduan, SOP serta dasar untuk memastikan masa depan mereka selamat dan dilindungi. Kita perlu memastikan kebajikan orang kurang upaya bukan hanya memberikan mereka keselesaan secara fizikal, tetapi termasuk merancang bagaimana untuk mengenal pasti mereka lebih awal dan membantu arah perkembangan hidup mereka dari buaian ke akhir hayat mereka.
Penyelesaian:
"1. Menggubal Akta Kapasiti Mental yang serupa dengan undang-undang Singapura dan UK untuk memudahkan perancangan . 2. Kementerian Kesihatan mesti menyediakan satu SOP untuk mengenal pasti mereka sejak zaman kanak-kanak. 3. Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu bekerjasama untuk membuat dasar yang terdiri daripada algoritma dan laluan penjagaan dan mengenal pasti agensi yang bertanggungjawab terhadap mereka sepanjangan hayat."
Sumber Rujukan: