Oleh: Kluster Harmoni
Organisasi/ Individu: Kluster Harmoni
Kod Polisi: 1A Bangsa Malaysia
Isu dan Polisi Semasa:
PTPN kini mengandungi banyak simbolisme (misalnya, mewujudkan detik-detik perpaduan) tetapi tidak menangani masalah pokok diskriminasi kaum dan agama yang kini menyebabkan keretakan di Malaysia.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Kerajaan perlu jelas dengan hal-hal yang berkaitan dengan diskriminasi kaum dan agama dan mesti mengambil tindakan proaktif untuk mengatasinya.
Penyelesaian:
Mengkaji semula PTPN dan mengukuhkan kandungan PTPN dengan tumpuan kepada isu-isu teras yang sebenar (contoh: diskriminasi antara kaum dan agama). Saranan dari laporan NUCC juga harus dititikberatkan ke dalam PTPN (misalnya. - Suruhanjaya Harmoni dan Perdamaian Nasional /Undang-undang Anti-Ucapan Kebencian / RUU Perpaduan Nasional untuk menggantikan undang-undang sedia ada yang sudah lapuk / tidak berkaitan). Pelan Tindakan Perpaduan Nasional perlu menjadi dokumen ‘hidup’ (living document) yang akan terus diperhalusi dalam menangani masalah sebenar diskriminasi antara kaum dan agama.
Sumber Rujukan:
~