Oleh: Wong Tsu Soon
Organisasi/ Individu: Agora Society Malaysia
Kod Dasar: 3j Persekitaran
Isu dan Polisi Semasa:
"Dengan pertambahan penduduk bandar di Malaysia, ketegangan diantara penggunaan tanah bandar dengan kegunaan untuk pemeliharaan hutan, tanah lembap, dan tanah pertanian semakin tinggi. Berhadapan dengan konflik ini adalah kunci utama untuk pembangunan lestari bagi masyarakat. • Pertumbuhan tidak terkawal di kawasan binaan bandar menyebabkan kehilangan tanah, habitat dan biodiversiti • Perebakan bandar menggalakkan kebergantungan kereta dan perjalanan lebih lama • Banyak jalan raya dibina menghasilkan banyak perlepasan karbon, banyak permukaan tidak boleh ditembusi menjadikan pengaliran air hujan sukar dan menyebabkan lebih banyak banjir kilat • Perebakan bandar menjadikan orang ramai tinggal di kawasan berterabur, mengurangkan kepadatan penduduk dan meningkat kos infrastruktur serta perkhidmatan awam"
Nilai-nilai & Kepercayaan
Kawasan bandar mencerminkan kompleksiti masyarakat dan evolusi semula jadi pendudukan manusia. Kemanusiaan hanya boleh bertahan secara mampan dengan mengimbangi pertumbuhan bandar dan pemeliharaan alam sekitar semula jadi.
Penyelesaian:
"Mengambil Langkah untuk Menghalang Perebakan Bandar dan Lindungi Hutan Kita. • Pihak berkuasa tempatan hendaklah melukis Sempadan Pertumbuhan Bandar (UGB) dalam Rancangan Tempatan, bahawa sesuatu kawasan binaan harus tidak melebihi sempadan • Tiada hartanah baru di kawasan tertentu (bukan hanya pengezonan) dalam bandar tersebut • Mengehadkan saiz keluasan tanah bagi satu isi rumah di dalam kawasan bandar untuk mengelakkan kehilangan tanah tanpa keperluan • Memberi subsidi kepada penduduk yang menyewa atau membeli rumah dalam jarak tertentu dari pejabat, sekitar 3 hingga 5 kilometer • Melonggarkan sekatan pengezonan, menggalakkan pembangunan bercampur, memulihkan rumah kedai sebagai perumahan kediaman. Menjadikan zon bercampur sebagai kediaman dan mengenakan kadar kediaman kepada bil utiliti, hartanah dan cukai tanah Langkah-langkah di atas adalah campuran kepada pendekatan ganjaran dan hukum: • Pengehadan kepada UGB, tiada hartanah baru dan saiz bagi isi rumah bujang di kawasan bandar menghalang pembangunan tidak sihat daripada projek yang dicadangkan dan diluluskan. Terkini, kerajaan persekutuan dan negeri sepertina mempunyai polisi terbuka kepada sebarang pembangunan yang dicadangkan oleh pemaju, tanpa mengira sama ada ia adalah milik negeri atau swasta. Dengan adanya pengehadan ini dimasukkan dalam perundangan, peraturan diwujudkan bagi memastikan kerajaan persekutuan dan negeri mempertimbangkan sebaiknya sebelum meluluskan projek. Sekiranya tidak, mereka akan dikawal rapi oleh Ahli Parlimen dan ADUN. • Melonggarkan sekatan pengezonan bagi membolehkan percampuran pembangunan lebih banyak di kawasan bandar, menggalakkan pemaju untuk menemukan kembali potensi kawasan bandar matang dan membangunkan semula komuniti kepada kepadatan lebih tinggi dan membolehkan interaksi kediaman-komersial dengan lebih aktif. • Subsidi sewa kediaman dan pembelian bagi menggalakkan orang untuk tinggal di dalam lingkungan kecil yang berhampiran dengan tempat kerja berbanding perebakan kawasan bandar yang memerlukan penduduk mengambil perjalanan lebih jauh. Mengurangkan perjalanan berulang-alik memberi faedah kepada kesihatan fizikal dan mental serta mengurangkan jejak karbon seseorang dalam melakukan aktiviti seharian. Mengecualikan pertimbangan terhadap kumpulan pendapatan bagi subsidi ini adalah penting. Kumpulan berpendapatan tinggi yang mampu memiliki kenderaan persendirian boleh memilih untuk melakukannya sekiranya mereka mendapat faedah daripada subsidi ini."
Sumber Rujukan:
–