2C-5 Pembentangan segera rang undang-undang gangguan seksual di parlimen

Oleh: Roohaida Othman

Organisasi/ Individu: IKRAM

Kod Dasar: 2c Wanita

Isu dan Polisi Semasa:

Baru-baru ini terdapat liputan besar mengenai kes-kes gangguan seksual di sekolah dan pasukan perenang kebangsaan, adalah antara beberapa situasi yang dihebahkan kepada kita berikutan para pemandiri (mangsa) berani bersuara. Dalam keadaan sedemikian, kecaman menyalahkan mangsa terus berlaku tanpa henti daripada sebilangan orang ramai. Kes-kes baru yang dilaporkan semestinya dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya Rang Undang-Undang Gangguan Seksual yang telah didrafkan sejak tahun 2020 dibentangkan di parlimen.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Masyarakat perlu diberikan pendidikan mengenai bahaya peneutralan segala bentuk gangguan seksual seperti rogol dan jenaka berbaur lucah. Terdapat juga keperluan untuk menubuhkan ekosistem yang selamat dan bebas daripada sebarang ketidakselesaan yang berkaitan dengan gangguan seksual di tempat awam, tempat kerja serta institusi pendidikan.

Penyelesaian:

"1. Rang Undang-Undang Gangguan Seksual perlu segera dibentangkan di parlimen. 2. Semua institusi awam dan swasta menubuhkan jawatankuasa khas bagi mewujudkan persekitaran yang selamat daripada gangguan seksual dan menguruskan kes-kes yang dilaporkan di institusi mereka. 3. Kempen kesedaran awam mesti dijalankan di setiap peringkat."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]