Oleh: Law Reform Harapan OKU & AWL
Organisasi/ Individu: Pembaharuan Undang-undang Harapan OKU & AWL
Kod Polisi: 2F PWD
Isu dan Polisi Semasa:
Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan tidak melarang diskriminasi terhadap ketidakupayaan. Malaysia tidak meratifikasikan Protokol Pilihan untuk Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). Kerajaan pada tahun 2019 telah mengumumkan satu pasukan petugas akan ditubuhkan bagi pembaharuan kepada Akta Orang Kurang Upaya 2008. Sehingga hari ini (Mei 2021), tiada pasukan petugas yang dibentuk.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Hak dan perlindungan sosial bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia adalah tidak lengkap dimana golongan ini akan menghadapi diskriminasi, keterpinggiran dan gangguan.
Penyelesaian:
" a. Mengukuhkan definisi kurang upaya yang komprehensif dan terkini dengan memasukkan contohnya: penyakit jarang berlaku, kurang upaya psikososial, individu dengan kepelbagaian saraf, kurang upaya sementara; Memasukkan definisi diskriminasi dan gangguan; Menyediakan remedi bagi mereka yang terkesan dengan diskriminasi dan/atau gangguan; b. Memperkenalkan penalti bagi ketidakpatuhan dengan peruntukan-peruntukan Akta dan penguatkuasaan hak-hak OKU; c. Memansuhkan semua fasal penyingkiran, termasuk dan tidak terhad kepada Seksyen 41 & 42 Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang menghalang dan melindungi pegawai kerajaan dan awam daripada disaman ketika mereka mengaku telah bertindak dengan niat baik; d. Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kurang Upaya bebas dengan kuasa untuk: i. Menjadikan isu kurang upaya dalam arus perdana; ii. Menyiasat isu-isu kurang upaya dan menyediakan nasihat guaman; iii. Meminta mana-mana individu untuk menghadirkan diri sebelumnya dan menghasilkan sebarang dokumen berkaitan isu-isu kurang upaya dalam inkuiri yang dimulakan oleh Pesuruhjaya; iv. Memulakan tindakan sendiri berkaitan ketidakpatuhan dengan Akta dan mencampur tangan sekiranya perlu dalam tuntutan undang-undang mengenai isu kurang upaya; v. Memulakan tindakan sendiri berkaitan dengan diskriminasi terhadap orang yang kurang upaya; vi. Menyerahkan kepada Parlimen untuk mengkaji semula dan membahaskan laporan tahunan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan Orang Kurang Upaya; vii. Menubuhkan satu tribunal bagi mengendalikan pelanggaran hak Orang Kurang Upaya, memandangkan ia lebih menjimatkan kos dan ahli-ahli kepada tribunal yang dicadangkan terdiri daripada pakar-pakar dalam isu-isu berkaitan ketidakupayaan dan akses kepada keadilan. e. Menghormati kewajiban Malaysia di bawah CRPD dengan, antara lain, melakukan perkara seperti berikut: i. Menjalankan penyelarasan komprehensif terhadap perundangan domestik dalam pelbagai sektor (termasuk dan tidak terhad kepada pendidikan, kesihatan, pembangunan sumber manusia, pekerjaan, perumahan dan kerajaan tempatan, kerja raya, pengangkutan awam, komunikasi dan multimedia, perdagangan domestik dan hubungan pengguna) dengan CRPD; ii. Membangunkan peraturan pelaksanaan bagi mengenakan tindakan perundangan yang menegakkan serta melindungi hak orang kurang upaya dan menangani diskriminasi serta gangguan yang dialami oleh OKU termasuklah orang yang berkait rapat dengan mereka; iii. Mengkaji kaedah untuk memperkukuhkan koordinasi di pelbagai sektor, kementerian dan peringkat bagi mengarusutamakan penglibatan OKU; iv. Menggerakkan sumber daya manusia dan lain-lain untuk menyokong secara berterusan, bagi pemahaman orang awam, perkhidmatan awam dan juga sektor swasta tentang OKU."
Sumber Rujukan: