Oleh: Jhothy
Organisasi/ Individu: ~
Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia
Isu dan Polisi Semasa:
Undang-undang yang sedia ada berkaitan penahanan seseorang adalah terlalu longgar dan mudah untuk dilanggar. Pihak polis mempunyai banyak kuasa di tangan mereka. Misalnya undang-undang seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dilihat terlalu subjektif malah pelaksanaannya mengundang kepada penyalahgunaan kuasa. Keengganan pihak kerajaan menubuhkan IPCMC terang-terangan pihak polis tidak mengendahkan prinsip semak dan imbang di dalam organisasi mereka. IPCMC harus ditubuhkan serta dilaksanakan segera berikutan penyeksaan dalam tahanan yang berleluasa harus dihentikan dalam persekitaran tahanan.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Warga Malaysia mempunyai hak untuk dihormati sebagai rakyat, undang-undang mesti diterapkan dengan adil untuk semua orang tanpa sebarang prasangka.
Penyelesaian:
Nyawa dan kehormatan seseorang warganegara harus dihormati tanpa mengira bangsa, agama atau darjat.
Sumber Rujukan: