Oleh: Chee Heng Leng
Organisasi/ Individu: Inisiatif Kesihatan Rakyat/Forum Kesihatan Rakyat
Kod Polisi: 3i Kesihatan
Isu dan Polisi Semasa:
"Penghijrahan berterusan pakar-pakar dari sektor kesihatan awam ke hospital dan klinik swasta menyebabkan kemerosotan kualiti perkhidmatan di hospital dan klinik awam. Kemerosotan ini memberi kesan kepada majoriti rakyat Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan kesihatan awam. Salah satu faktor penghijrahan adalah kadar pendapatan yang lebih tinggi yang boleh didapati di sektor swasta. Walaubagaimanapun, pakar-pakar dan staf mahir disektor kesihatan awam ini bukan sahaja tidak berpuas hati dengan tahap pendapatan, malah mereka juga tidak berpuas hati tentang aspek pekerjaan yang lain, contohnya, beban kerja yang berat dan keadaan dan terma pekerjaan yang tidak menarik. Penentuan tangga gaji, dan keadaan dan syarat pekerjaan, bagi sektor awam, termasuknya kesihatan awam, diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Oleh itu, sukar untuk SPA memisahkan sektor kesihatan awam daripada perkhidmatan awam secara keseluruhannya dalam soal penggajian dan syarat kerja. Oleh itu, SPA tidak boleh bertindak secara khusus terhadap isu-isu yang dihadapi kakitangan perubatan dalam sektor kesihatan awam."
Nilai-nilai & Kepercayaan
Perkhidmatan kesihatan berkualiti yang dibekalkan tanpa caj pada masa ia digunakan, dan tepat pada masa ia diperlukan adalah amat penting bagi menjaga status kesihatan penduduk Malaysia. Ini hanya dapat dicapai oleh kakitangan kesihatan yang bahagia, berdedikasi, dan mempunyai semangat yang tinggi.
Penyelesaian:
Menubuhkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan Awam (SPKA) yang berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dapat (i) menawarkan imbuhan yang lebih tinggi, syarat dan faedah pekerjaan yang lebih baik, dan kriteria serta proses yang lebih telus untuk peningkatan kemahiran, kenaikan pangkat, dan prospek kerjaya kepada kakitangan perkhidmatan kesihatan awam, dan (ii) menangani perasaan tidak puas hati yang menyebabkan kehilangan kakitangan kesihatan berpengalaman. Sebagai contoh, doktor dan pakar perubatan tidak puas hati dengan kaedah kenaikan pangkat sedia ada yang bersifat ad hoc dan tidak telus. Maka, SPKA harus mewujudkan sistem kenaikan pangkat yang telus, dengan adanya tempoh tertentu untuk permohonan kenaikan pangkat dan kriteria kenaikan pangkat yang jelas. Contoh lain, mengikut sistem sedia ada, doktor tidak boleh dinaikkan pangkat kecuali mereka memegang jawatan pentadbiran. Bagi menangani halangan ini, PHCS boleh mewujudkan struktur kerjaya untuk membolehkan doktor dinaikkan pangkat walaupun mereka berada dalam perkhidmatan klinikais Shel. PHSC juga boleh memberi insentif kepada para doktor untuk kekal dalam perkhidmatan kesihatan awam dengan membenarkan cuti rasmi untuk melakukan sub-kepakaran, penyelidikan dan penerbitan, pengajaran dan menghadiri persidangan.
Sumber Rujukan:
–