2G4-4 Akses saksama kepada penjagaan kesihatan untuk pelarian dan pencari suaka

Oleh: Tham Hui Ying

Organisasi/ Individu: Asylum Access Malaysia

Kod Dasar: 2g4 Pelarian & Pencari Suaka

Isu dan Polisi Semasa:

Kekurangan status undang-undang mengakibatkan penangkapan dan penahanan atas kesalahan imigresen ketika mengakses penjagaan kesihatan. Menurut arahan Kementerian Kesihatan (Surat Pekeliling 10/2001) ia mengatakan bahawa, kakitangan kesihatan kerajaan harus melaporkan sesiapa yang tidak mempunyai dokumen yang telah hadir untuk mendapatkan rawatan. Dalam tindak balas Covid-19, diantara golongan yang ditangkap dan ditahan selepas menjalani ujian dan rawatan adalah golongan pelarian, dan pemohon suaka. Walaupun potongan 50% daripada kadar orang asing diberikan kepada pelarian yang mempunyai dokumen dan pemohon suaka namun, keseluruhan bayaran untuk orang asing telah meningkat dua kali ganda pada tahun 2016 dan ini mengakibatkan kos perkhidmatan kesihatan tidak dapat diakses. Golongan pelarian dan pemohon suaka juga tiada akses kepada perlindungan insurans. Golongan wanita menghadapi cabaran untuk mengakses rawatan sebelum dan selepas bersalin terutama di tempat tahanan dan akibat risiko ditangkap dan ditahan. Kanak-kanak menghadapi cabaran untuk mengakses imunisasi kerana bayaran yang dikenakan untuk kanak-kanak bukan warganegara Malaysia adalah sebanyak RM80 di bawah Perintah Yuran 2014. Kanak-kanak akan kehilangan imunisasi pada usia muda kerana mereka tidak mempunyai akses ke sekolah kebangsaan.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Sebahagian daripada komitmen Malaysia dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di bawah Matlamat No. 3, berjanji untuk memastikan ketidaksamarataan akses penjagaan kesihatan bagi individu yang paling terdedah dikurangkan dan akses kesihatan sejagat dicapai untuk semua. Malaysia mesti menunaikan kewajipan antarabangsa dan berjanji untuk tidak meninggalkan "siapa pun di belakang" sebagai tindak balas kesihatan awam.

Penyelesaian:

"1. Membatalkan Pekeliling KKM No 10/2001, dan Pekeliling berikutnya yang mewajibkan penyedia perkhidmatan kesihatan untuk mengenal pasti dan melaporkan pesakit yang tidak berdokumen yang hadir untuk mendapatkan rawatan kepada pihak berkuasa. 2. Memperkenalkan firewall (pemisahan) antara penyedia perkhidmatan kesihatan dan imigresen dan penguatkuasaan keselamatan. Mengambil langkah yang perlu untuk memastikan firewall sentiasa dihormati. 3. Memperkenalkan skim pembiayaan kesihatan yang lestari dan komprehensif dalam sistem kesihatan awam untuk golongan pelarian dan pemohon suaka bagi tujuan mengurangkan halangan biaya, meningkatkan kemandirian, dan meningkatkan liputan kesihatan sejagat. 4. Melaksanakan tindak balas kesihatan awam yang inklusif dan tanpa mengira status undang-undang. Terutama dalam tindak balas Covid-19 dengan memastikan akses yang selamat ke vaksinasi, ujian, dan rawatan untuk golongan pelarian dan pemohon suaka tanpa menghadapi tindakan. 5. Bekerjasama bersama masyarakat sivil dan organisasi yang dipimpin oleh golongan pelarian, meningkatkan kapasiti penyedia penjagaan kesihatan untuk memberikan perkhidmatan terjemahan dan interpretasi, dan pendidikan kesihatan untuk meningkatkan literasi kesihatan, dan meningkatkan pemahaman penyedia penjagaan kesihatan mengenai kerentanan, cabaran, keperluan pelarian dan pemohon suaka. 6. Memperkukuhkan pelaksanaan dasar dan panduan kesihatan di semua tempat penahanan untuk memastikan golongan yang ditahan mendapat akses yang mencukupi ke rawatan perubatan apabila diperlukan. 7. Memindahkan Perintah Yuran untuk memastikan bahawa kanak-kanak bukan warganegara Malaysia mendapat akses vaksinasi percuma."

Sumber Rujukan:

~

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]