Oleh: Danesh Prakash Chacko
Organisasi/ Individu: Tindak Malaysia
Kod Dasar: 3a Pembaharuan Pilihan Raya
Isu dan Polisi Semasa:
Pada masa kini tiada had atas dan bawah bagi bilangan pengundi kawasan pilihan raya. Ini telah menghasilkan bilangan pengundi yang tidak setara dan diskriminasi kepada rakyat Malaysia berdasarkan geografi. Hal ini juga telah memanipulasi keputusan pilihan raya yang menggunakan Sistem Pemenang Undi Terbanyak.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Kesetaraan
Penyelesaian:
"Pengembalian had era Merdeka iaitu penyimpangan +/- 15% daripada purata pilihan raya di Semenanjung Malaysia bagi bilangan pengundi kawasan pilihan raya dan +/- 25% penyimpangan daripada purata pilihan raya untuk Sabah dan Sarawak. Parlimen seharusnya tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengagihkan kerusi diantara negeri-negeri dan tanggungjawab ini harus dipindahkan ke Suruhanjaya Sempadan. Bagi setiap unit kajian (Semenanjung, Sabah dan Sarawak), kawasan pilihan raya akan diperuntukkan kepada Negeri di mana kuota pengundi Negeri masing-masing adalah hampir setara dengan kuota pengundi unit kajian. Hal ini kerana ia boleh berlaku tanpa menyebabkan jurang diantara kuota pengundi Negeri berkenaan dengan kuota pengundi unit kajian. Menjelang pada tahun 2030, penyimpangan yang boleh diterima untuk bilangan pengundi di kawasan Semenanjung Malaysia harus diturunkan kepada +/- 5% dan untuk Sabah dan Sarawak pula diturunkan kepada +/- 15%."
Sumber Rujukan:
Ke Arah Sistem Pilihan Raya yang Lebih Adil – Forum Feb 2014