2E-1 Memastikan Tahap Tinggi Penyertaan Kanak-kanak di Semua Ruang

Oleh: Cso Platform For Reform – Kluster Kanak-kanak

Organisasi/ Individu: Child Rights Coalition Malaysia (CRCM)

Kod Polisi: 2e Kanak-kanak

Isu dan Polisi Semasa:

" 1. Walaupun Malaysia meratifikasikan UNCRC dan undang-undang berkaitan dengan penyertaan kanak-kanak, pendapat mereka masih tidak dipeduli. 2. Budaya menggangap kanak-kanak sebagai “tidak berupaya” memahami atau mengetahui hal-hal mengenai mereka adalah punca masalah kekurangan pemerkasaan untuk mereka terlibat dalam membuat keputusan dasar dengan keluarga, sekolah, komuniti mereka sendiri. 3. 3/4 kanak-kanak umumnya mahukan pendidikan berkualiti buat mereka (Undian oleh UNICEF Children4Change, 2017). Hari ini, keputusan membuka sekolah semula diputuskan tanpa berbincang atau mendengar pendapat kanak-kanak. 4. Penyertaan kanak-kanak hari ini terhad kepada tiga tangga pertama daripada Tangga Penyertaan Kanak-kanak Hart – manipulasi, hiasan dan tokenisme. Pendapat kanak-kanak tidak dipedulikan dalam pembuatan keputusan untuk dasar yang berkaitan dengan mereka. Kanak-kanak telah menghabiskan 13 tahun dalam persekolahan. Sistem pembelajaran telah gagal mencipta suatu ruang di mana suara kanak-kanak dapat didengar jelas sekali."

Nilai-nilai & Kepercayaan

"Menegakkan Artikel 12-17 UNCRC dengan memperluaskan penyertaan kanak-kanak dalam mengakses maklumat dan memungkinkan mereka melibatkan diri dalam proses membuat keputusan yang boleh mempengaruhi hak dan kesejahteraan hidup mereka, termasuk: 1. Keputusan dasar negara merangkumi kanak-kanak 2. Membiasakan penyertaan kanak-kanak dalam lingkungan sistem ekologi mereka; 3. Sebagai pembela hak kanak-kanak dan memperkasakan kanak-kanak."

Penyelesaian:

"1. Undang-undang dan dasar yang dilancarkan harus lebih mengutamakan kepentingan kanak-kanak, dan pelaksanaannya harus mencerminkan penyertaan yang aktif daripada kanak-kanak. 2. Inisiatif asas harus diambil secara inklusif bagi mengalihkan pemikiran secara kolektif mengenai keterangkuman kanak-kanak. KRT dan RA dapat mewujudkan ruang bagi penyertaan kanak-kanak untuk mendidik, mendampingi dan memperkasakan kanak- kanak dalam mengambil bahagian di peringkat komuniti terdekat mereka. 3. Dasar, undang-undang dan keputusan negara mengenai kanak-kanak mesti melibatkan pendapat mereka dalam proses membuat keputusan. Kanak-kanak mesti dilihat sebagai pihak berkepentingan dan pendapat mereka dapat dipertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan mereka. 4. Dalam tempoh lima tahun yang akan datang, tahap penyertaan kanak-kanak mestilah ditingkatkan daripada tanpa penyertaan kepada keputusan bersama-sama (diusahakan oleh orang dewasa). 5. Sekolah perlu membenarkan penyertaan yang inklusif dan holistik bagi kanak-kanak kebebasan untuk memilih aliran seni/sains, sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain. Pembelajaran dalam bilik darjah juga perlu diperbaharui sehingga guru bertindak sebagai pembimbing dan bukannya secara pelatih, memastikan penyediaan ruang pengasuhan yang interaktif demi memupuk penyertaan dan pertumbuhan kanak-kanak."

Sumber Rujukan:

Laporan Status CRCM 2019.

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]