3K-2 Memastikan Pengangkutan Awam Tersedia dan Mampu Milik Semua

Oleh: Ir Dr Tai Tuck Leong

Organisasi/ Individu: Monsoon Malaysia

Kod Polisi: Pengangkutan 3k

Isu dan Polisi Semasa:

Dicadangkan bahawa kos pengangkutan dihadkan antara 5% hingga 10% daripada pendapatan seseorang. Atas dasar gaji minima sebanyak RM1,100 sebulan, kos pengangkutan seseorang harus berada dalam linkungan RM55 hingga RM110 sebulan. Berdasarkan panduan ini, tambang ynag dikenakan untuk penggunaan pengangkutan awam boleh ditetapkan.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Pengangkutan awam sebagai perkhidmatan awam harus disediakan pada harga yang berpatutan agar mengelakkan kesulitan terhadap orang ramai, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Penyelesaian:

Perbandingan antara kos penggunaan kenderaan persendirian dan pengangkutan awam untuk golongan berpendapatan sederhana menunjukkan perbezaan yang besar di mana seseorang akan membelanjakan 40% daripada pendapatan untuk kenderaan persendirian manakala orang yang sama hanya akan membelanjakan 15% daripada pendapatannya jika menggunakan pengangkutan awam. Perjalanan menggunakan kenderaan persendirian melibatkan penambahan sebanyak 25% atau RM440 sebulan. Jelas bahawa kos yang tinggi ini akan mendorong pengguna untuk beralih kepada penggunaan pengangkutan awam jika diberi pilihan. Kuncinya adalah untuk memastikan pengangkutan awam tersedia, berpatutan dan efisien.

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]