Oleh: Ng Yap Hwa
Organisasi/ Individu: Teoh Beng Hock Trust for Democracy
Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia
Isu dan Polisi Semasa:
Kes-kes kematian dalam lokap adalah mencabuli hak-hak asasi manusia terutamanya orang dalam tahanan, tanpa mengira sama ada warganegara atau warga asing. Satu akta baru diperlukan untuk membanteras masalah budaya tidak bertanggungjawab (culture of impunity) di kalangan pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam menyeksa orang tahanan di bawah jagaan mereka.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Tidak seorang pun yang boleh diseksa atau dikenakan dengaan perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah. (Artikel 5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948)
Penyelesaian:
Menggubal Akta Anti Penyeksaan untuk menghukum pegawai penguatkuasa yang melakukan penyeksaan secara fizikal atau mental di bawah jagaan mereka. Contohnya seperti pegawai SPRM, anggota polis, pegawai imigersen dan penjara.
Sumber Rujukan:
http://teohbenghock.org/2018/03/24/envision-a-torture-free-society-teoh-beng-hock-trust-for-democracys-ge14-election-demands/