Oleh: Rusni Tajari
Organisasi/ Individu: Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO)
Kod Dasar: 2c Wanita
Isu dan Polisi Semasa:
Cuti paterniti berbayar tidak diwajibkan di sektor swasta, cuti materniti tidak memenuhi piawaian ILO, dan hak pekerja dan pencari kerja tidak sepenuhnya dilindungi daripada diskriminasi di bawah Akta Kerja 1968 sedia ada.
Nilai-nilai & Kepercayaan
"1. Bagi mencapai pembahagian tanggungjawab keluarga yang adil diantara lelaki dan wanita. 2. Pemahaman yang lebih luas mengenai definisi diskriminasi haruslah memenuhi dan mencapai maksud yang sesuai dengan Perkara 2a, 3 dan 4 di dalam CEDAW. 3. Dasar yang diperkenalkan haruslah bersesuaian dengan Konvensyen ILO 100 dan cadangan keutamaan CEDAW kepada Malaysia untuk mengurangkan jurang diantara gender. "
Penyelesaian:
"1. Bentang dan luluskan cadangan pindaan Akta Kerja 1968 yang merangkumi: - Memperkenalkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari cuti paterniti berbayar di sektor swasta, - Memanjangkan cuti bersalin berbayar di sektor swasta dari 60 hari kepada 90 hari. - Memperkenalkan larangan diskriminasi berasaskan gender, kaum, agama dan status ketidakupayaan bagi pekerja dan pencari kerja. - Memperkenalkan hak untuk memohon waktu kerja yang fleksibel dan dilindungi daripada diskriminasi terhadap permohonan waktu kerja fleksibel. - Memperkukuhkan perlindungan terhadap gangguan seksual dalam Akta Kerja 1968, selain daripada meluluskan Akta Gangguan Seksual. - Definisi diskriminasi merangkumi diskriminasi langsung dan tidak langsung. 2. Memasukkan tanggungjawab positif kepada majikan seperti penyediaan kemudahan penjagaan anak, pengangkutan bagi syif malam, program latihan kemasukan semula dalam tenaga kerja selepas bersalin, akses kemudahan bagi golongan orang kurang upaya, serta langkah-langkah khas sementara bagi memberi kelebihan kepada pekerja berdasarkan gender, kekurangan upaya atau minoriti dan status kekurangan yang lain. 3. Memperkenalkan Akta Kerja 1968 prinsip gaji sama rata bagi kerja yang mempunyai nilai yang sama seperti yang termaktub di dalam Konvensyen ILO 100. "
Sumber Rujukan:
The definition of discrimination is not comprehensive Employers must have an obligation to implement positive duties. Prohibition of discrimination alone is not enough to achieve equality. WAO has been negotiated with trade unions who accepted this concept. This domesticates ILO Convention 100 which has been ratified by Malaysia in 1997 but not incorporated into domestic law yet. This is an opportunity to do this Further reading; WAO Report – “Malaysian Perspectives on Discrimination in the Workplace: How the amendments to the Employment Act can enhance gender equality.” Link: https://wao.org.my/wp-content/uploads/2020/10/Employment-Act-Amendments-1.pdf