3H-5 Hak majikan, pendatang, pelarian dan pekerja tanpa izin hendaklah dilindungi oleh undang-undang dan sistem.

Oleh: John ku

Organisasi/ Individu: –

Kod Polisi: 3j Buruh

Isu dan Polisi Semasa:

Majikan dan pekerja migran di Malaysia juga terdiri daripada orang yang berkelakuan baik dan buruk. Majikan telah membayar lebih daripada RM10 ribu bagi mendapatkan pekerja dan pembantu rumah dengan permit. Sekiranya mereka melarikan diri setelah bekerja dalam tempoh yang singkat, majikan akan kerugian. Sesetengah majikan melakukan penderaan terhadap pekerjanya sama ada secara fizikal dan gaji mereka. Apabila pekerja migran ditahan oleh pihak berkuasa sama ada mempunyai dokumen ataupun tidak, seringkali mereka harus membayar untuk dibebaskan. Malaysia kehilangan hasil berbilion ringgit kerana tiada undang-undang dan sistem yang baik bagi mengawal salah guna dan rasuah dalam pentadbiran yang berterusan.

Nilai-nilai & Kepercayaan

"Bayangkan sekiranya hari esok kesemua pekerja migran pulang ke negara asal mereka. Majoriti rakyat Malaysia tidak akan mempunyai makanan kerana kebanyakan kerja berat seperti di ladang dan pembahagian makanan dilakukan mereka. Malaysia memerlukan mereka dan mereka memerlukan Malaysia. Pekerja migran perlu diberikan KWSP, SOCSO dan membayar cukai pendapatan bulanan kerana jumlah fi tahunan dibayar oleh majikan dalam satu masa adalah besar, akan menjadi tidak adil berikutan pekerja migran tidak akan bekerja lama dan melarikan diri. Pekerja migran yang membayar KWSP secara bulanan boleh menghalang mereka daripada melakukan jenayah kerana jumlah wang yang besar menjamin masa depan mereka dan juga boleh digunakan sebagai modal pelaburan Malaysia. Sekiranya pekerja migran benar-benar melakukan jenayah dan dipenjarakan, wang KWSP akan digunakan untuk perbelanjaan mereka. Kerajaan membayar sekitar RM41 sehari bagi seorang banduan di penjara. Cukai pendapatan (contohnya, 5% peratus sebulan) harus dibayar oleh pekerja migran kerana mereka menggunakan kemudahan dan infrastruktur negara kita secara percuma. Majikan di Malaysia tersekat di antara memohon permit bekerja pekerja migran memandangkan ia sukar untuk diperoleh dan menggunakan pekerja tanpa dokumen serta perlu membayar sama apabila ditangkap. Sekiranya kerajaan tidak memandang perkara ini dengan serius terutamanya semasa pandemik dan sekatan pergerakan, ini akan menyebabkan banyak PKS ditutup lalu tiada syarikat yang akan membayar cukai pendapatan, berkemungkinan Malaysia akan menjadi bankrap. "

Penyelesaian:

"Sistem yang komprehensif perlu dilaksanakan bagi mencatat data majikan dan pekerja migran supaya tiada seorang pun yang lari daripada tanggungjawab. Sistem berkenaan boleh direkodkan berapa jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar oleh majikan dalam membawa masuk seorang pekerja migran. Katakan jumlahnya RM10 ribu, apabila pekerja migran berhenti atau melarikan diri, majikan kedua perlu berkongsi perbelanjaan. Mahkamah pekerja migran perlu dibentuk bagi melindungi hak majikan dan pekerja. Hak majikan di Malaysia juga perlu dilindungi dengan menyediakan sistem mudah dan pantas dalam memohon permit bekerja bagi pekerja tanpa dokumen bagi mengelakkan pembayaran lebih RM10 ribu kepada agen dengan wang rasuah atau di saman melebihi RM 10 ribu sekiranya ditangkap menggunakan pekerja tanpa dokumen. Majikan harus mendapat kebenaran segera seperti MITI membenarkan surat perniagaan dalam talian. Hal ini supaya tiada seorang pun mahu mengambil pekerja tanpa dokumen memandangkan ia tertakluk kepada laporan perubatan dalam talian dan sistem semakan data (pekerja tidak mempunyai pertikaian dengan majikan sebelumnya) serta bebas daripada rekod jenayah. Semua pekerja migran perlu membayar KWSP, SOCSO dan cukai pendapatan bulanan supaya mereka dilindungi dan menyumbang kepada ekonomi negara kita. "

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]