3E-11 Pergantungan ekonomi dan ketidakamanan kewangan pasangan bukan warganegara dalam perkahwinan binasional Malaysia

Oleh: Bina Ramanand

Organisasi/ Individu: Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor dan KL (Family Frontiers)

Kod Dasar: 3e Keadilan Ekonomi

Isu dan Polisi Semasa:

"Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang (LTSVP) adalah pas untuk pasangan asing kepada warganegara Malaysia. LTSVP mengandungi kenyataan: ‘sebarang bentuk pekerjaan dilarang.’ Walaupun begitu, pasangan bukan warganegara boleh memohon kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen untuk bekerja, tetapi syaratnya masih terhad — terikat dengan tempoh sah visa, ke satu negeri sahaja di dalam Malaysia, dan pasangan tersebut tidak boleh memperoleh lesen profesional sehingga mereka mendapat status Pemastautin Tetap (sejak tahun 2018, permohonan ditolak setelah tempoh menunggu yang lama tanpa sebarang alasan yang diberikan). Namun, majikan tetap enggan mengupah pasangan asing setelah melihat kenyataan larangan ini. Bagi mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan, majikan mereka tidak diberi mandat untuk mencarum kepada KSWP. Pasangan juga mempunyai askes terhad dalam pembukaan akaun bank individu. Dasar-dasar ini menyebabkan pasangan warganegara asing bergantung kepada ekonomi pasangan mereka. Akibatnya, rumah tangga dwi-kerakyatan ini terpaksa bergantung kepada satu pendapatan sahaja dan memberi tekanan tambahan kepada pasangan warganegara Malaysia sebagai penanggung tunggal. Ini juga boleh menyebabkan peningkatan risiko keganasan rumah tangga apabila pasangan warganegara asing bergantung sepenuhnya kepada pasangan warganegara Malaysia untuk status undang-undang dan ekonomi mereka di negara ini."

Nilai-nilai & Kepercayaan

Wanita dalam perkahwinan dwi kerakyatan (Malaysia) harus dibenarkan bekerja untuk memenuhi keperluan diri dan membenarkan autonomi dan keselamatan kewangan.

Penyelesaian:

"Pasangan warganegara asing kepada warganegara Malaysia perlu diberikan hak untuk untuk bekerja dan akses yang sama rata kepada perkhidmatan sosial bagi mengurangkan beban kewangan terhadap keluarga dwi kerakyatan Malaysia, dan mencegah risiko apabila wanita tidak diberi autonomi. 1. Pernyataan larangan bekerja dengan visa pasangan kepada warganegara Malaysia, dan syarat untuk mendapatkan kebenaran untuk bekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia perlu dihapuskan. 1. Hak untuk bekerja setelah pendaftaran perkahwinan perlu diberikan untuk mengelakkan tempoh pengangguran yang tidak berasas berikutan syarat-syarat pembaharuan visa dan tempoh menunggu sebelum layak mendapat sokongan pekerjaan. 2. Pasangan asing kepada warganegara Malaysia perlu dibenarkan untuk membuka akaun bank individu 3. Memperluas perlindungan undang-undang buruh kepada pasangan warganegara asing, termasuk KWSP mandatori, hak untuk Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan pakej pemutusan gaji."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]