2B-15 Bergantung kepada Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983

Oleh: Cso ROL Cluster

Organisasi/ Individu: Malaysian CARE/PRDM

Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia

Isu dan Polisi Semasa:

Seharusnya ada Pasukan Petugas yang merangkumi kesihatan, profesional bidang perundangan, ahli akademik, AADK serta polis untuk menyemak semula undang-undang dan dasar secara menyeluruh – dengan melakukan perbezaan jelas diantara kemudaratan daripada pelbagai jenis dadah terlarang, dan perbezaan diantara kegunaan dadah dan pengedarannya.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Adalah penting untuk mewujudkan Dasar Dadah Kebangsaan yang mengimbangi pencegahan, rawatan, pengurangan kemudaratan dan bekalan dengan peranan bagi pelbagai agensi untuk terlibat bersama-sama dalam pengembangan rawatan berasaskan bukti sukarela di dalam konteks Malaysia.

Penyelesaian:

"a. Penggunaan dadah perlu dilihat sebagai masalah kesihatan dan sosial. b. Mengurangkan populasi di penjara. c. Menambahbaik akses kepada rawatan, kaunseling serta sokongan sosial dan kebajikan. d. Memansuhkan punitif dadah dan dasar yang menjadi penghalang dasar dadah berasaskan bukti."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]