Oleh: Irene Xavier
Organisasi/ Individu: Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
Kod Polisi: 3j Buruh
Isu dan Polisi Semasa:
"Jadual Pertama dalam Akta Pekerjaan (AP) 1955 secara jelas mendiskriminasi Pekerja Rumah Tangga dengan tidak memasukkan sektor pekerjaan ini dalam hak asas yang diberikan kepada semua pekerja lain dalam akta tersebut. Akta ini juga merujuk pekerja rumah tangga adalah ""pelayan."" AP 1955 juga menjadi rujukan definisi sesuatu pekerjaan yang melibatkan undang-undang berkaitan pekerja lain seperti Akta KWSP 1991, Akta PERKESO 1969 dan Perintah Gaji Minimum yang semuanya mendiskriminasi pekerja rumah tangga dan menyebabkan pekerja rumah tangga tidak boleh menerima hak perlindungan sosial."
Nilai-nilai & Kepercayaan
Semua pekerja harus mempunyai akses kepada perlindungan dan hak faedah yang sama.
Penyelesaian:
Meminda klausa diskriminatif dalam Jadual Pertama AP 1955 dan meminda rujukan pembantu di AP 1955 sebagai "pembantu rumah" kepada "Pekerja rumah tangga".
Sumber Rujukan:
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/03/07/domestic-workers-are-not-servants-says-ngos-calling-for-amendment-of-employ/1955720