1A-11 Tuntutan Rakyat India Malaysia untuk Masa Depan yang Lebih Baik

Oleh: Anusha Arumugam

Organisasi/ Individu: Yayasan Tamil/EWRF

Kod Polisi: 1A Bangsa Malaysia

Isu dan Polisi Semasa:

Tuntutan kami meliputi daripada yang khusus untuk komuniti India sehingga isu yang melibatkan semua komuniti-komuniti lain di negara ini. Kami percaya bahawa beberapa masalah kritikal yang dihadapi oleh kaum India di Malaysia hanya dapat diselesaikan melalui kerangka nasional dan dengan penyelesaian yang sama seperti masalah yang dihadapi oleh seluruh rakyat Malaysia. Secara ringkasnya, nasib komuniti India sangat berkait rapat dengan takdir komuniti-komuniti lain di negara ini. Tuntutan kami dibentangkan di bawah dengan semangat universal yang diagungkan dalam semua tamadun demi kesaksamaan dan keadilan.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Apa yang jelas adalah penyelesaian kepada masalah dan pencapaian aspirasi kita memerlukan strategi pembangunan alternatif yang sememangnya prihatin dan adil. Secara amnya, ini akan melibatkan sistem politik bukan perkauman dan strategi pembangunan yang berpusat kepada pengagihan kekayaan saksama, demokrasi, keadilan dan perkembangan rohani. Tuntutan yang dilakukan ini adalah langkah ke arah tersebut.

Penyelesaian:

Dalam perubahan daripada politik komunal ke arah yang bukan komunal, kami menuntut penempahan kerusi bagi kaum India dan minoriti lain di dalam badan pembuat keputusan di setiap peringkat kerajaan, terutamanya di majlis tempatan dan pihak berkuasa khas untuk mewakili mereka. Sekiranya penempahan ini sudah wujud, ia harus ditingkatkan secara korelatif bagi memperbanyakkan perwakilan. Perwakilan kaum India perlu menjadi terbuka bukan hanya kepada ahli politik akan tetapi kepada ketua tidak rasmi dan ahli-ahli komuniti yang bertanggungjawab.

Sumber Rujukan:

~

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]