Oleh: Ng Yap Hwa
Organisasi/ Individu: Teoh Beng Hock Trust for Democracy
Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia
Isu dan Polisi Semasa:
Ramai pengawai polis, SPRM, imigresen atau pihak berkuasa penjara melakukan penyeksaan kerana mereka tidak mempunyai idea dan pengetahuan mengenai hak asasi manusia.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Tidak seorang pun yang boleh diseksa atau dikenakan dengaan perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah. (Artikel 5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948)
Penyelesaian:
Mewajibkan latihan Hak Asasi Manusia untuk pegawai agensi penguatkuasaan serta pegawai yang terlibat dalam perancangan pembangunan. Kekurangan pengetahuan hak asasi manusia dalam kalangan pegawai penguatkuasa menunjukkan kegagalan sistem pendidikan kita. Kerajaan mesti membetulkan masalah ini dengan memberikan latihan yang diperlukan buat pegawai penguatkuasaan. Selain itu, pegawai yang terlibat dalam perancangan pembangunan juga harus mendapat latihan hak asasi manusia supaya mereka mampu mempertimbangkan hak-hak orang asli, peneroka bandar, petani dan nelayan semasa melakukan rancangan pembangunan.
Sumber Rujukan:
http://teohbenghock.org/2018/03/24/envision-a-torture-free-society-teoh-beng-hock-trust-for-democracys-ge14-election-demands/