2G4-2 Rangka kerja undang-undang dan dasar yang komprehensif untuk Pelarian dan Pencari Suaka

Oleh: Tham Hui Ying

Organisasi/ Individu: Asylum Access Malaysia

Kod Dasar: 2g4 Pelarian & Pencari Suaka

Isu dan Polisi Semasa:

Malaysia tidak mempunyai peruntukan undang-undang atau pentadbiran untuk mengiktiraf dan melindungi hak pelarian. Selain itu, Malaysia masih belum meratifikasikan 1951 Convention Relating to the Status of Refugees (“Refugee Convention”) atau 1967 Protocol Relating to the Status of Refugees (“Protocol”). Tanpa peruntukan tersebut, pelarian dinafikan perlindungan dari segi undang-undang dan dianggap sebagai "pendatang haram". Hal ini menyebabkan mereka terdedah kepada penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya serta pelbagai pencabulan hak asasi. Tanpa status sah, orang pelarian tidak dapat akses keselamatan ataupun kestabilan dalam tempoh yang panjang. Kebanyakan golongan pelarian tinggal dalam kemiskinan dan tidak mendapat akses hak asasi seperti akses kepada keadilan, kesihatan, pendidikan dan kerja. Golongan pelarian wanita dan kanak-kanak menghadapi risiko keganasan serta eksploitasi yang tinggi. Kesan kehidupan dalam keadaan yang bahaya, diskriminasi dan tidak mempunyai peluang adalah amat mendalam. Ketiadaan polisi yang konsisten mengenai golongan pelarian di Malaysia telah pun membolehkan kerajaan untuk melanggar obligasi hak asasi manusia antarabangsa termasuklah prinsip tiada penghantaran pulang paksa (non-refoulement).

Nilai-nilai & Kepercayaan

Golongan pelarian telah terpaksa melarikan diri daripada keganasan dan penganiyaan di negara asal mereka demi mendapatkan keselamatan dan seharusnya diberikan perlindungan. Malaysia mempunyai obligasi hak asasi manusia terhadap golongan pelarian yang seharusnya dimasukkan ke dalam rangka undang-undang tempatan demi memastikan mereka diberikan perlindungan dan hak-hak mereka dikekalkan.

Penyelesaian:

"1. Kerajaan perlu menyediakan peruntukan undang-undang dan polisi yang komprehensif untuk pengurusan dan perlindungan semua pelarian dan pemohon suaka di Malaysia, termasuklah hak memohon suaka, status sah serta hak menetap dan menggubal/meminda undang-undang negara yang berkaitan dengan pelarian bagi memasukkan peruntukan di dalam undang-undang tempatan. 2. Meningkatkan kerjasama dan memastikan penglibatan yang bermakna bersama organisasi masyarakat sivil dan menubuhkan sebuah jawatankuasa antara agensi (terdiri daripada kerajaan dan wakil masyarakat penting) untuk mengurus dan mentadbir hal-hal perlindungan pelarian. Jawatankuasa ini perlu ditubuhkan untuk mengemukakan cadangan tentang pembaharuan undang-undang dan dasar polisi mengenai perlindungan pelarian. Mereka perlu bertanggungjawab dan melaporkan hal ehwal secara terus kepada Kabinet yang akan mempunyai mandat dan kuasa untuk meluluskan apa-apa cadangan yang dikemukan. Oleh demikian, pelbagai pihak berkepentingan juga perlu ditubuhkan bagi pelaksanaan hal-hal yang berkaitan. 3. Mengecualikan semua pelarian UNHCR berdaftar dan pemohon suaka daripada pendakwaan dan kemudiannya melepaskan diri daripada tahanan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR. Seterusnya, status sah sementara perlu diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan UNHCR. Memudahkan orang yang berada dalam tahanan untuk memohon suaka dengan UNHCR. 4. Memastikan akses kepada hak asasi seperti hak kepada pendidikan dan kesihatan, hak bekerja, perumahan serta hak keadilan."

Sumber Rujukan:

~

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]