Oleh: Srividhya Ganapathy
Organisasi/ Individu: Yayasan CRIB
Kod Polisi: 2e Kanak-kanak
Isu dan Polisi Semasa:
Penutupan sekolah dan pendidikan dalam talian bagi dua tahun kebelakangan ini telah menyebabkan kanak-kanak tercicir daripada sekolah, malah sukar untuk menjadi setara dengan mereka yang sebaya di seluruh negara. Kita sedang menyaksikan akses pendidikan yang tiada atau terhad kepada generasi kanak-kanak kini, di mana mereka akan ditingkatkan ke tahap seterusnya tanpa sebarang penilaian. Pendidikan dalam talian pada masa kini hanyalah untuk mengarahkan guru-guru meneruskan pembelajaran sebegitu, tanpa memikirkan atau mengkaji sebarang metodologi pengajaran sedemikian – kepentingan untuk mengambil maklum kadar tumpuan kanak-kanak, tempoh menghadap skrin dan kelangsungan penglibatan mereka – termasuklah kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran. Sistem pendidikan masa kini tidak mampu memulihkan kerosakan yang berlaku kepada kanak-kanak di Malaysia semasa pandemik ini.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Setiap kanak-kanak haruslah diberikan hak kepada pendidikan dan hak ini harus dilaksanakan secara adil dan demokratik buat mereka di Malaysia.
Penyelesaian:
Silibus pendidikan dan metodologi pengajaran haruslah dilihat semula dan diubahsuai bagi memenuhi keperluan pendidikan dalam talian. Pihak kerajaan harus bertanggungjawab bagi memastikan setiap kanak-kanak yang berdaftar di sekolah mempunyai cara atau kapasiti untuk akses kepada sekolah dalam talian dan harus mempunyai sistem pemantaun diwujudkan untuk memastikan kanak-kanak tidak tercicir atau ketinggalan. Ini melibatkan rancangan pengajaran yang dibentuk bagi pembelajaran dan metodologi dalam talian dimasukkan, pengajaran dengan perkongsian video berbanding penyampaian guru secara biasa, tempoh pengajaran pendek, waktu siang kanak-kanak dapat berinteraksi dengan rakan sekelas secara dalam talian dan membentuk persahabatan (yang dilihat sangat penting kepada kesejahteraan manusia). Sesetengah kajian (boleh dilakukan dalam talian memandangkan bukan hanya negara ini sahaja yang terkesan dengan pandemik atau kanak-kanak dipaksa untuk pendidikan dalam talian) harus dijalankan dan metodologinya harus ditingkatkan. Guru-guru perlu menjadi sokongan yang baik supaya mereka memahami bahawa metodologi pengajaran dalam talian adalah berbeza agar kanak-kanak dapat mengikuti pembelajaran cara tersebut.
Sumber Rujukan:
~