2E-11 Halangan untuk kekal di negara ini bagi ibu bapa asing yang bercerai untuk mengakses lawatan dan keibubapaan bersama anak-anak mereka.

Oleh: Cso Platform For Reform – Kluster Kanak-kanak

Organisasi/ Individu: Child Rights Coalition Malaysia (CRCM)

Kod Polisi: 2e Kanak-kanak

Isu dan Polisi Semasa:

Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan visa bagi pasangan bercerai (kewarganegaraan berlainan) walaupun mempunyai hak penjagaan anak bersama untuk terus tinggal di Malaysia. Mereka telah disuruh pulang ke negara masing-masing, di mana ini telah menafikan lawatan dan jagaan bersama bagi anak yang berwarganegara Malaysia.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Demi kepentingan kanak-kanak, untuk memudahkan hak penjagaan bersama dan lawatan, ibu atau bapa yang mempunyai kewarganegaraan berlainan seharusnya digerankan Visa Jangka Panjang dengan hak pekerjaan untuk menjaga anak mereka yang berwarganegara Malaysia.

Penyelesaian:

Untuk mengurangkan impak psikologi dan emosi kepada kanak-kanak di atas penceraian. Ibu atau bapa yang mempunyai kewarganegaraan berlainan seharusnya mampu memperoleh Pas Residen bersama-sama dengan hak pekerjaan bagi mendapatkan bantuan kewangan, hak lawatan dan penjagaan bersama bagi anak mereka yang berwarganegara Malaysia.

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]