2A-6 Kesenian sebagai Keutamaan dalam Agenda Negara

Oleh: June Tan

Organisasi/ Individu: ReformARTsi

Kod Dasar: 2a Kebebasan Bersuara

Isu dan Polisi Semasa:

"Industri seni dan budaya di Malaysia tidak diberi keutamaan dan perhatian dalam agenda negara. Sejak Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 (DKN) diwujudkan, dasar itu tidak pernah dikemaskini dan tiada polisi baharu berkenaan seni dan budaya diwujudkan. Tambahan, kesenian dan kebudayaan sering diletakkan bawah kementerian yang berbeza (Belia, Sukan, Pelancongan, Informasi) menyebabkan perkembangan seni dan budaya di Malaysia menjadi tidak teratur, tidak selaras, dan tidak jelas. Hal ini menyebabkan seni dan seniman tidak dijaga sehingga masyarakat tidak mendapat manfaat dari sektor kesenian dan kebudayaan seperti pembinaan sahsiah masyarakat, pemikiran kritis dan kreatif, perkembangan insaniah, dan banyak lagi kebaikan yang dapat digarap dari sektor seni dan budaya."

Nilai-nilai & Kepercayaan

"Seni seharusnya menjadi aspek penting dalam kehidupan peribadi rakyat, sosiologi masyarakat, dan pembangunan negara."

Penyelesaian:

"Kami menuntut agar seni diberikan keutamaan dalam agenda nasional dan diiktiraf sebagai komponen penting dalam pembangunan negara, dan bukan sekadar instrumen keuntungan ekonomi (seperti di dalam pelancongan, hartanah, peruncitan, dan sebagainya). Untuk mencapai perkara ini, kita perlu: Membangunkan dan mewujudkan dasar dan peta jalan (roadmap) seni yang baharu dan sesuai dengan zaman sekarang, berdasarkan perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak pemegang taruh yang termasuk dan tidak terhad kepada sektor kesenian, masyarakat awam, pendidikan dan lain-lain; pelaksanaan dasar ini melalui program dan insentif yang berkesan Bantuan pembiayaan kepada institusi awam dan swasta yang terlibat dalam pembangunan sektor seni dan budaya (termasuk projek kemasyarakatan) Bantuan pembiayaan dan mekanisme jaminan sosial kepada seniman yang bekerja sendiri (freelance); dan keperluan untuk membina satu daftar nasional untuk para seniman di Malaysia. Peruntukan sumber yang berkenaan (contoh: pembiayaan, latihan), bagi meluaskan pendidikan kesenian dalam sistem pendidikan nasional (dari sekolah rendah sehingga universiti) Pengiktirafan hak artis dan melindungi hak kebebasan bersuara para seniman."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]