2B-8 Pindaan seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Oleh: Ng Yap Hwa

Organisasi/ Individu: Teoh Beng Hock Trust for Democracy

Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia

Isu dan Polisi Semasa:

Seksyen sedia ada ini memberi kuasa kepada pegawai SPRM untuk menyoal siasat mana-mana orang “dari hari ke hari”. Dalam kes kematian Teoh Beng Hock, pegawai SPRM secara jelas menyalahgunakan seksyen ini untuk menahan dan menyoal siasat beliau dari jam 6.00 petang hingga 5.00 pagi. Perbuatan ini merupakan satu penyeksaan mental dan mencabuli hak asasi manusia.

Nilai-nilai & Kepercayaan

Tidak seorang pun yang boleh diseksa atau dikenakan dengaan perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah. (Artikel 5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948)

Penyelesaian:

Meminda seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengehadkan waktu soal siasat yang tidak terkawal sehingga mengakibatkan tragedi kematian Teoh Beng Hock. Kerajaan mempunyai tanggungjawab bagi memastikan Akta SPRM mematuhi prinsip-prinsip hak asasi manusia. Parti-parti politik haruslah mempunyai kehendak politik bagi meminda seksyen 30(3)(a) dengan meminda perkataan “dari hari ke hari” kepada “dari hari ke hari serta dihadkan kepada 10.00 pagi hingga 4.00 petang.”

Sumber Rujukan:

http://teohbenghock.org/2018/03/24/envision-a-torture-free-society-teoh-beng-hock-trust-for-democracys-ge14-election-demands/

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]