3E-4 Menangani kesan COVID-19 ke atas wanita dan kanak-kanak berpendapatan rendah

Oleh: Lim Su Lin

Organisasi/ Individu: Forum Kesihatan Rakyat

Kod Dasar: 3e Keadilan Ekonomi

Isu dan Polisi Semasa:

"Golongan wanita dan kanak-kanak miskin daripada isi rumah bandar berpendapatan rendah di Malaysia adalah di antara kumpulan penduduk yang paling banyak terkesan secara negatif akibat krisis COVID-19. COVID-19 telah banyak mengurangkan peluang ekonomi bagi wanita, terutamanya mereka yang terdiri daripada latar belakang berpendapatan rendah, terlibat dalam pekerjaan separuh masa atau tidak formal, secara umumnya dibayar rendah dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Wanita dan kanak-kanak daripada isi rumah ini juga mengalami kepinggiran dari segi akses ke jaringan keselamatan sosial, perkhidmatan kesihatan dan sambungan internet/ teknologi bagus dalam mencari pekerjaan atas talian serta melakukan pembelajaran di rumah. Di Malaysia, isu ini barangkali telah dipertengahkan di peringkat kebangsaan melalui pelbagai laporan rasmi yang dikeluarkan oleh badan-badan kerajaan dan agensi UNICEF, serta laporan berita dan testimoni orang awam yang dikongsi di media sosial. Bencana COVID telahpun memberi sinar baharu kepada kesusahan yang dialami oleh wanita dan kanak-kanak miskin dan terpinggir di bandar. Ianya wajib merangsang semua pihak yang berkepentingan untuk mengutamakan perubahan dasar dan meningkatkan usaha melindungi mereka yang paling lemah dalam masyarakat."

Nilai-nilai & Kepercayaan

Sebanyak mana ancaman serius dari virus telah membawa kesan kepada orang ramai, terdapat segelintir masyarakat yang terdedah kepada kesusahan serta risiko yang terlampau ketara akibat kemiskinan dan ketidaksamarataan yang bersilang sekalipun sentiasa menghadapi ancaman kepada hidup, kesihatan dan kesejahteraan hidup. COVID-19 telah menyedarkan orang ramai bahawa kesihatan bukan sahaja bergantung kepada amalan peribadi, tetapi saling terikat kepada kesihatan komuniti secara seluruh, serta langkah-langkah kerajaan untuk menangani wabak penyakit. Sebagai ahli masyarakat berperikemanusiaan, kita wajib peka kepada rintangan yang dialami oleh golongan wanita dan kanak-kanak miskin dan terpinggir akibat keadaan “dua darjat” ataupun ketidaksetaraan tidak seimbang, yang semakin memburuk dalam masa COVID ini. Malah, kita harus bertindak mencabar soal “status quo” dan berganding bahu menyokong ahli masyarakat ini meningkatkan capaian kepada perkhidmatan dan sumber asas yang amat diperlukan untuk menghadapi dan terus bertahan dalam krisis.

Penyelesaian:

"Sistem perlindungan sosial Malaysia perlu dikaji semula secara kritis, dan tumpuan diberikan kepada dasar-dasar yang sedia ada, bagi tujuan mengurangkan bebanan pandemik, mengimbangkan ketidaksetaraan dan ketidakrangkuman sosial, serta memberikan perlindungan yang kuat dan komprehensif kepada golongan miskin dan terpinggir, terutamanya wanita dan kanak-kanak miskin bandar dan komuniti rentan. Melangkah ke hadapan, dasar perlindungan sosial haruslah secara khusus mensasarkan wanita dan kanak-kanak perempuan daripada kelompok berpendapatan rendah ini dalam semua usaha menangani kesan sosio-ekonomi COVID-19. Bagi melibatkan pandangan semua pihak yang berpentingan, cadangan dipertimbulkan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa penyelaras pusat, yang merangkumi ahli daripada wakil rakyat, masyarakat sivil serta ahli daripada komuniti wanita dan kanak-kanak miskin sendiri untuk menyumbang i perspektif pengalaman hidup mereka. Penglibatan komuniti wanita dan kanak-kanak ini teramat penting untuk meningkatkan kesedaran jawatankuasa terhadap keadaan ataupun situasi sebenar dan mengalakkan rundingan yang lebih berguna dan berkesan. Jawatankuasa ini harus ditugaskan untuk menetapkan prinsip utama dan kepentingan dalam penyediaan serta penyampaian bantuan segera seperti pemberian tunai secara tersasar, bantuan makanan dan penjagaan kesihatan. Jawatankuasa ini harus bekerjasama dengan agensi-agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksanakan usaha tersebut. Bagi menangani kesan jangka panjang, jawatankuasa juga haruslah membentang soal kelemahan infrastruktur sistem perlindungan sosial menyeluruh yang sedia ada dan mengkaji cara-cara untuk meningkatkan dan mengukuhkan keberkesanan sistem tersebut kepada wanita dan kanak-kanak miskin sebagai golongan spesifik. Selain pemberian wang dan bantuan makanan, wanita dan golongan belia miskin yang mampu bekerja patut diberi sokongan supaya berdikari dari segi kewangan melalui peluang pekerjaan dan perniagaan (termasuklah modal, ruang dan peralatan), serta latihan, keusahawanan serta program pengembangan kemahiran. Sebagai langkah pertama, jawatankuasa boleh berunding dengan agensi kerajaan seperti PERKESO, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), serta para NGO dan ketua-ketua tempatan untuk menyelaraskan usaha memperkembang program serta menyampaikan “roll-out” secara terdekat kepada komuniti tersebut. "

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]