Oleh: Cso ROL Cluster
Organisasi/ Individu: Amnesty International Malaysia
Kod Dasar: 2b Hak Asasi Manusia
Isu dan Polisi Semasa:
Hukaman mati sememangnya hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menghinakan. Amnesty International membantah hukuman mati bagi semua kes tanpa pengecualian – tanpa mengira siapa pun pihak tertuduh, sifat atau keadaan jenayah, bersalah atau tidak bersalah atau kaedah pelaksaan.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Amnesty International berpegang bahawa hukuman mati melanggar hak asasi manusia, terutamanya hak kepada nyawa dan hak untuk hidup bebas daripada penyeksaan, kezaliman, tidak berperikemanusiaan, menghinakan atau hukuman. Kedua-dua hak tersebut dilindungi di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang dimandatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1948.
Penyelesaian:
"1. Memansuhkan undang-undang semasa yang mempunyai mati mandatori (hukuman gantung). 2. Mendesak pemansuhan hukuman mati sepenuhnya. "
Sumber Rujukan:
Mansuhkan Hukuman Mati