Oleh: Roohaida Othman
Organisasi/ Individu: IKRAM
Kod Polisi: 3i Kesihatan
Isu dan Polisi Semasa:
Isu kesihatan mental semasa krisis COVID-19 telah mencapai tahap membimbangkan dan belum pernah terjadi peningkatan kes bunuh diri dengan lebih 80% daripadanya adalah wanita. Kini, ceramah keagamaan dan aktiviti-aktiviti yang dapat mengurangkan masalah kesihatan mental dijalankan secara dalam talian dengan keberkesanan yang terhad disebabkan keletihan digital. Satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam penyediaan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial sebagai respons terhadap pandemik COVID-19 di pusat kuarantin telah dilaksanakan di pusat-pusat kuarantin pada bulan April 2020 namun tiada perkhidmatan yang disediakan kepada wanita yang bekerja dari rumah.
Nilai-nilai & Kepercayaan
Persekitaran dengan keseimbangan kerja-kehidupan untuk wanita dan ibu yang bekerja perlu diwujudkan. Masyarakat juga perlu didik mengenai masalah kesihatan mental dan menghilangkan tanggapan negatif untuk menerima rawatan dari pengamal perubatan kesihatan mental.
Penyelesaian:
"1. Pelan tindakan komprehensif untuk mengatasi masalah ini bagi wanita yang bekerja dari rumah semasa pandemik dan fasa pasca pandemik. 2. Menambah bilangan kaunselor yang berkelayakan di bawah kementerian dan kerajaan negeri. 3. Menjadikan rawatan psikologi dan psikiatri lebih mudah diperoleh. 4. Memasukkan topik kesihatan mental dalam silibus pendidikan dari sekolah rendah."
Sumber Rujukan:
–