Pengangkutan Awam 3K-6 untuk Perjalanan Antara Bandar atau Antara Wilayah

Oleh: Ir Dr Tai Tuck Leong

Organisasi/ Individu: Monsoon Malaysia

Kod Polisi: Pengangkutan 3k

Isu dan Polisi Semasa:

Semenanjung Malaysia merangkumi kira-kira 800km dari arah utara ke selatan dengan ibu kotanya yang terletak di Kuala Lumpur. Ini menyebabkan kebanyakan perjalanan yang berasal dari ibu kota memerlukan jarak maksimum sebanyak 400km.

Nilai-nilai & Kepercayaan

"Perspektif Nasional - “Memobilisasikan Rakyat dan Menyatukan Negara”. Faktor-faktor kritikal yang harus dipertimbangkan adalah: jarak ruang (spatial), keselamatan, permintaan (demand) dan pemilihan mod utama."

Penyelesaian:

"1. Jenis pengangkutan yang paling sesuai untuk perjalanan jarak jauh adalah rel berkelajuan tinggi (HSR). Ini kerana HSR adalah terunggul dari segi masa perjalanan, keselamatan dan kapasiti penumpang. 2. Dengan kelajuan sepantas 300km/j, HSR merupakan mod terpantas untuk perjalanan yang mempunyai jarak antara 150km hingga 600km. 3. Pengangkutan rel juga dikenalpasti sebagai mod yang paling selamat antara pengangkutan udara dan pengangkutan darat (kereta). 4. Dari segi kapasiti penumpang, sistem keretapi berkebolehan untuk mengangkut ramai penumpang pada masa yang sama. Perjalanan rel dengan keretapi yang mempunyai 10 koc mampu mengangkut 1,500 penumpang dan juga mempunyai fleksibiliti untuk menambahkah bilangan koc. 5. Oleh itu, dari perspektif nasional, bagi perjalanan antara bandar dan wilayah, kami harus mengalihkan sistem pengangkutan awam yang berasaskan rangkaian jalan raya ke sistem yang berasaskan rel, seperti sistem keretapi berkelajuan tinggi dengan kelajuan 300km/j. 6. Selain itu, pengurusan operasi sistem rel harus diuruskan oleh institusi awam sebagai perkhidmatan pengangkutan untuk rakyat dan merupakan hak asasi orang ramai dan bukannya hak istimewa. 7. Pada masa kini, jumlah panjang infrastruktur jalan sedia ada adalah sebanyak 27 kali jumlah panjang infrastruktur rel sedia ada. Ini menunjukkan perbezaan pelaburan yang amat ketara ke atas infrastruktur jalan dan tiba masanya untuk mengatasi ketidakseimbangan ini dengan mengkaji semula keutamaan kami dalam pelaburan infrastruktur awam. 8. Berdasarkan projek berkembar landasan keretapi yang sedang dijalankan, dicadangkan untuk menambahkan landasan yang berbeza ke atas landasan meter-gauge sedia ada untuk menukarnya kepada dual atau mixed gauge yang boleh menyokong perkongsian landasan daripada pelbagai jenis keretapi yang berbeza. Dengan ini, kos penambahbaikan atau pengubahan sistem landasan pada masa hadapan dapat dikurangkan berbanding dengan pembinaan sistem landasan yang baharu."

Sumber Rujukan:

ms_MYMalay
[gt-link lang="en" label="" widget_look="flags_name"]
[gt-link lang="ms" label="" widget_look="flags_name"]