Oleh: Evelyn Teh
Organisasi/ Individu: Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI)
Kod Dasar: 3j Persekitaran
Isu dan Polisi Semasa:
Krisis iklim sedang menimpa kita. Amaran besar di dalam laporan IPCC terkini menunjukkan bahawa had untuk berada pada suhu global yang selamat semakin hari semakin tipis. Sungguhpun realiti ini membimbangkan, kerajaan Malaysia sebahagian besarnya bersikap acuh tidak acuh apabila menangani kesan iklim yang akan datang sebagai krisis. Hal ini dapat dilihat melalui cara negara terus mengejar trajektori pembangunan yang berkarbon tinggi dan tanpa rancangan sebenar untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil serta industri bentuk ekstraktif lain demi keuntungan (contoh: perlombongan, pembasmian hutan dan projek pembinaan berkarbon tinggi).
Nilai-nilai & Kepercayaan
Malaysia adalah Parti kepada UNFCCC dengan komitmen iklim di mana termasuklah mengurangkan kadar GHG dengan 45% seunit GDP menjelang tahun 2030 berbanding dengan paras 2005. Penyesuaian iklim juga komponen utama kepada komitmen berkenaan. Malaysia telah memasukkan Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) – menekankan bahawa kelestarian alam sekitar adalah teras dalam paradigma pembangunan Malaysia. Malaysia bertanggungjawab untuk menengakkan perjanjian pelbagai hala yang telah ditandatangani sebelum ini.
Penyelesaian:
Terdapat keperluan kepada pelaksanaan segera langkah-langkah bagi membina semula dengan lebih baik daripada pandemik di samping menggunakan lensa iklim, sama ada iklim pengurangan atau penyesuaian. Kerajaan Malaysia harus memaklumi dan mengisytihar darurat iklim negara dan melakukannya ke dalam semua peringkat dasar, tadbir urus dan institusi merentasi pelbagai agensi. Tindakan yang perlu diambil haruslah termasuk memformulasi undang-undang dan peraturan bagi mengenakan pembangunan dan pengangkutan rendah karbon, mencegah pembasmian hutan serta memastikan keselamatan makan. Terdapat keperluan untuk meningkatkan peruntukan belanjawan negara bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan yang berkesan dalam tindakan berkaitan iklim. Hal ini harus dilakukan secara inklusif dengan penyertaan dan perwakilan pelbagai pihak, terutamanya dengan komuniti orang asli dan rentan. Tambahan pula, pendekatan holistik terhadap kesedaran awam harus memasukkan pendidikan alam sekitar sebagai komponen di dalam kurikulum sekolah dan meningkatkan liputan kepada isu-isu perubahan iklim melalui saluran media arus perdana.
Sumber Rujukan:
–