Oleh: Jeyakumar Devaraj
Organisasi/ Individu: Parti Sosialis Malaysia / Peoples Health Forum
Kod Polisi: 3i Kesihatan
Isu dan Polisi Semasa:
"Penghijrahan doktor, pakar dan kakitangan paramedik yang berpengalaman dari sektor awam ke sektor swasta akan melemahkan sistem penjagaan kesihatan awam. Ini akan menyebabkan kelewatan rawatan dan terjejasnya kualiti rawatan terutamanya kepada golongan B40 dan M40 yang bergantung kepada hospital kerajaan. Kewujudan hospital swasta baharu akan mempercepatkan trend penghijrahan kakitangan berpengalaman ke hospital swasta dan memburukkan lagi masalah kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan."
Nilai-nilai & Kepercayaan
"1. Rawatan kesihatan merupakan salah satu hak asasi manusia. 2. Sistem kesihatan dua darjat di Malaysia yang mana golongan kaya mendapat layanan yang lebih baik daripada rakyat biasa akan menghakis perpaduan dan solidariti sesama rakyat. 3. Sistem kesihatan yang mana semua rakyat mendapat rawatan yang adil dan berkualiti tinggi akan memupuk semangat harmoni dan solidariti dalam kalangan masyarakat kita."
Penyelesaian:
"1. Moratorium terhadap pembinaan hospital swasta baharu untuk satu tempoh masa tertentu dan moratorium terhadap penambahan katil di hospital-hospital swasta sedia ada. 2. Pembinaan lebih banyak hospital awam untuk mengendalikan kesesakan yang wujud di hospital-hospital kerajaan."
Sumber Rujukan:
–